Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

Penyelia Syarikat Keselamatan Berdepan...

Melaka : Penyelia syarikat keselamatan berhadapan hukuman mati di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh,...

Najib Mahu Menteri Minta...

KUALA LUMPUR - Najib Razak berkata wawancara pengurus besar Eagle High Plantations (EHP)...

Pelbagai Isu Jadi Tumpuan...

BANGKOK - Beberapa isu keselamatan termasuk pemerdagangan manusia, keselamatan sempadan bersama dan pergolakan...

Trafik Penumpang 100 Juta...

KUALA LUMPUR – Trafik penumpang di Malaysia dijangka meningkat kepada antara 100.3 juta...

Taufan Winston: Pelancong Keluar Dari Fiji

SUVA – Pelancong antarabangsa mula meninggalkan Fiji, yang dibadai taufan Winston, yang menyebabkan 17 maut setakat ini.

Perbadanan Penyiaran Fiji melaporkan tujuh nelayan juga hilang di laut akibat taufan itu.

Taufan kuat itu melanda destinasi pelancongan popular berkenaan tengah malam Sabtu, dengan kekuatan angin selaju 325 kilometer sejam.

Ia adalah taufan kategori lima pertama membadai Fiji dan menyebabkan kemusnahan, meranapkan rumah serta melumpuhkan infrastruktur.

Pengarah Pertubuhan Oxfam Rantau Pasifik, Raijeli Nicole, pegawai belum mendapat berita daripada beberapa komuniti terpencil yang paling teruk terjejas akibat ribut itu dan bimbang dengan nasib mereka.


“Kerajaan cuba memperbaiki talian komunikasi tetapi amat bimbang berita buruk menanti mereka.

“Memandangkan kekuatan ribut dan imej yang kami lihat setakat ini, ada kebimbangan angka kematian akan terus bertambah dan ratusan penduduk melihat rumah dan mata pencarian mereka musnah sama sekali, ” katanya. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori