• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Benar! Sebaran Di Media Sosial Imunisasi Punca Otak Kecil

oleh Ahmad Albab
10/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan kesal dengan maklumat yang disebarkan di media sosial kononnya masalah saiz kepala dan otak kecil yang berlaku di Brazil bukan disebabkan oleh jangkitan Zika sebaliknya akibat pengambilan imunisasi seperti Tdap (vaksin Tetanus, Diphtheria and Pertussis).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan memandang berat penulisan tidak bertanggungjawab yang disebarkan melalui media sosial tersebut.

“Penulis itu membuat gesaan supaya ibu mengandung tidak mengambil pelalian atau imunisasi. Penulisan sebegini bukan sahaja salah daripada segi fakta tetapi juga mengelirukan masyarakat yang sudah sedia bimbang dengan apa yang sebenarnya berlaku di benua Amerika ketika ini.

“Saya menyeru orang ramai supaya mendapatkan maklumat berkaitan perubatan dan kesihatan dari sumber-sumber yang sahih. Kejahilan kita dalam menyebarkan ilmu yang salah akan memberi impak yang besar kepada negara dan masyarakat, malah ke atas keluarga kita sendiri.

“Bersama kita menjadi masyarakat yang celik ilmu dan celik kesihatan. Hentikan menceduk maklumat daripada sumber yang bersifat sensasi tetapi sebaliknya merujuk kepada pakar-pakar dalam bidang-bidang berkaitan serta dari jurnal perubatan atau penerbitan dari sumber berwibawa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, sebenarnya tiada langsung kaitan antara imunisasi berkenaan dengan apa yang berlaku di Brazil pada waktu ini kerana gardasil untuk pelalian Human papillomavirus (HPV) tidak diberi kepada ibu mengandung.

Menurutnya, Tdap pula telah digunakan di negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom sejak tahun 2012 untuk menangani epidemik batuk kokol dalam kalangan bayi baru lahir dan tidak pula dikaitkan dengan “microcephaly” di negara-negara berkenaan.

Kata beliau, realiti penciptaan vaksin adalah satu perkembangan teknologi yang berjaya menurunkan bilangan kes dan kematian akibat penyakit cegahan vaksin.

Tambah beliau, vaksin bukan sahaja digunakan dinegara-negara maju di Barat, malah vaksin yang sama digunakan di negara-negara membangun di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Malah, katanya, banyak penyakit berjangkit telah berjaya dihapus atau dikawal sehingga tidak lagi menjadi masalah kesihatan sejagat.

“Penggunaan sesuatu vaksin itu hanya akan diluluskan sekiranya ia terbukti berkesan dan tidak memberi kesan buruk kepada manusia.

“Menjadi amalan semua negara termasuk Malaysia, sekiranya didapati mana-mana vaksin menyebabkan kemudaratan kepada manusia, ia akan ditarik balik dari pasaran,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

[wpdevart_youtube]ZxhmmkmogF8[/wpdevart_youtube]

Tags: KMMpalsuvirus zika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd