• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Terima 34 Aduan Mengenai Penyalahgunaan Media Sosial

oleh Ahmad Albab
23/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Sebanyak 34 aduan diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari tahun 2015 sehingga 4 Feb lepas di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengenai penyalahgunaan perkhidmatan komunikasi dan media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata daripada jumlah itu sebanyak 18 kes telah didakwa manakala 12 kes masih dalam siasatan.

“Apa yang penting sekarang ini, kita teruskan sesi kesedaran untuk memperingatkan masyarakat di luar sana bahawa kita mengakses internet untuk dapatkan maklumat dan pada masa sama kita harus berhati-hati menggunakan kaedah internet tersebut.

Jadi konsep kendiri penting dan ia harus bermula dari rumah, sebagai ibu bapa kita harus mendisiplinkan mereka dan sebagai cikgu di luar sana harus memantau para murid,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Wacana Media Sosial: Viral16 di Dewan Taming Sari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Lendu, di sini hari ini.

Turut hadir Exco Komunikasi dan Koperasi, Datuk Latiff Tamby Chik; Rektor UiTM Melaka, Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim; Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Megat Ishak Ma’amunor.

Di bawah seksyen itu, apabila seseorang disabitkan kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Dalam perkembangan lain, kementerian bercadang mengkaji keperluan mendaftarkan semua portal berita dalam talian bagi mengekang penyebaran maklumat palsu atau berita tidak sahih melalui internet.

Beliau berkata setakat ini tiada akta yang diwujudkan berkaitan keperluan mendaftarkan portal dalam talian di negara ini.

“Sekarang ini kebanyakan portal berita dalam talian sering menimbulkan isu atau mengubah fakta demi menghasilkan berita sensasi yang digemari para pembaca,” katanya.

“Jadi jika ada pendaftaran seperti ini, maka isu-isu yang sering diperkatakan dan tidak jelas kesahihannya mungkin mereka akan lebih berhati-hati,” kata Jailani.

Terdahulu Mohd Adnan berkata program Viral16 yang pertama kali dianjurkan itu bertujuan meneliti isu dihadapi pengguna media sosial selain meningkatkan pemahaman dalam fenomena viral di negara ini.

Beliau berkata melalui program itu, ia dapat membantu mewujudkan platform bagi perbincangan dan perkongsian idea tentang isu viral yang sebahagian besarnya melibatkan golongan belia sebagai kumpulan demografik pengguna terbesar media sosial. – BERNAMA

Tags: media sosialSKMM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ibu bapa mewajibkan anak-anak membaca buku setiap hari bagi memupuk...

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd