• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Usir Tiong Suka Buat Bising Selama Setahun

oleh
27/02/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan Singapura (AVA) akan melakukan semburan kabut di beberapa batang pokok rendang di Yishun dan Clementi untuk mengawal pembiakan spesies burung tiong mas.

Ia merupakan sebahagian daripada program perintis selama setahun yang sudah dimulakan di sekitar kawasan Yishun sejak 25 Februari. Program unik tersebut kemudian akan bermula di Clementi pula pada bulan depan.

Para penduduk Yishun sebelum ini sering membuat aduan mengenai gangguan bunyi bising yang disebabkan oleh burung tiong atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Hill Myna atau nama saintifiknya Gracula religiosa.

Sebelum ini. usaha pihak AVA dan Majlis Bandaran Nee Soon untuk mencantas pokok-pokok serta mengehadkan sumber bekalan makanan unggas itu, yang amat bijak mengajuk suara manusia; juga langsung tidak berhasil.

Bahan kimia yang dikeluarkan menerusi proses semburan asap kabus itu diharap akan mengusir dan mengekang burung-burung berkenaan daripada pulang ke tempat-tempat tersebut dalam jangka masa lebih panjang.

Jurucakap AVA bagaimanapun memberi jaminan bahawa kesan semburan kabut tersebut sebenarnya tidak akan membahayakan nyawa burung itu sendiri yang banyak terdapat di rantau Asia tenggara, India dan China.

Tiong mas dewasa lazimnya berukuran normal sepanjang 30 sentimeter dan ia membiak dengan cara bertelur dalam sarang di pokok yang tinggi pada musim pembiakan dari tempoh Februari sehingga Mei setiap tahun.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: AVA Uji Jagung Kimia Mandulkan Merpati Suka Berak

Juga: Singapura Guna Robot Angsa Periksa Kimia Di Tasik

Lagi: 9 Juta Kura-kura Bawa Pepijat Toksik Ancam Singapura

Dan: Akibat Banyak Anjing, Tikus Mula ‘Banjiri’ Singapura

Tags: Singapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd