• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samsung Tetap Komited Operasi Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
01/03/2016
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Samsung akan terus menjadikan Malaysia sebagai pangkalan atau habnya di ASEAN menerusi entiti lain biarpun menamatkan operasi kilang pengeluaran televisyen miliknya di Seremban, Negeri Sembilan, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam satu kenyataan, hari ini.

Entiti lain Samsung termasuk Samsung Electronics Malaysia Sdn Bhd, Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd dan Samsung SDI Energy Sdn Bhd. “Amat malang apabila Samsung Electronics Display (M) Sdn Bhd terpaksa menamatkan operasi kemudahan pengeluaran televisyennya di Seremban.

Namun kita maklum bahawa keputusan ini diambil selepas pertimbangan terperinci dilakukan.

“Kita juga difahamkan alasan utama penutupan kemudahan itu disebabkan persekitaran perniagaan yang mencabar, perubahan pasaran serta penstrukturan semula keseluruhan operasi entiti Samsung di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud dalam kenyataan itu.

Samsung mempunyai lebih 5,000 pekerja di negara ini dan komited memberi program sokongan yang adil dan sewajarnya bagi pekerja yang terbabit. “Pekerja ini juga boleh diserap ke dalam entiti lain Samsung di Malaysia,” katanya.

Mengulas peranan MIDA berikutan pengumuman terbaharu Samsung itu, Azman berkata pihaknya akan memastikan kesan minimum terhadap pekerja berkaitan serta pihak dalam rangkaian perkhidmatan berkenaan.

Malah, agensi pelaburan itu akan bekerjasama dengan Samsung bagi memastikan usaha peralihan itu berjalan sebaik mungkin.

“MIDA kekal terbuka serta komited untuk menyokong serta memberi kemudahan bagi sebarang rancangan pelaburan Samsung pada masa depan di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: pekerjaSamsung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

Polis Terima Laporan Dakwaan Salah Guna Dana RM700 Juta Kerajaan Terdahulu

Kebakaran Gudang Simpan Perkakas, Dua Pekerja Cedera

30/12/2023
15

PERMATANG PAUH: Dua pekerja gudang perkakas cedera termasuk seorang melecur sehingga 70 peratus selepas premis tempat mereka bekerja terbakar dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd