• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Ibu Dipecah Masuk, Alyah Kehilangan Beg Tangan

oleh AK-47
04/02/2016
dalam Artis, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI popular, Alyah kehilangan beg tangan mengandungi beberapa barangan termasuk dokumen peribadi, 2 telefon bimbit serta kunci kereta selepas rumah ibunya di Jalan Taat, Kampung Melayu, Gelang Patah, Johor dipecah masuk, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Supritendan Noor Hashim Mohamad yang mengesahkan kejadian terbabit berkata penyanyi berkenaan membuat laporan mengenai kejadian itu pada 10.30 pagi semalam (Selasa), di Balai Polis Gelang Patah.

“Berdasarkan laporan, ketika kejadian, rumah (ibu) mangsa sedang dalam pembinaan, ubah suai sekali gus memudahkan penjenayah memasukinya tanpa disedari.

“Beg mangsa diletakkan di atas meja dan dipercayai diambil penjenayah,” kata Noor Hashim yang dihubungi Bernama pada Rabu.

Beliau berkata pihaknya akan melakukan siasatan terhadap kes tersebut mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Sementara itu, Alyah atau nama sebenarnya Datin Noor Hasliah Abu Hasan, 35; turut memuat naik catatan berkaitan kejadian terbabit menerusi laman instagramnya, alyah81, malam Selasa.

Menurut catatan itu, kejadian tersebut berlaku ketika anggota keluarga mereka sedang tidur dan kehilangan beg berkenaan disedarinya pada waktu subuh, pagi semalam. – Bernama

Tags: myArtispenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd