• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Mengidap Penyakit Mental Ditemui Lemas

oleh Ahmad Albab
13/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang remaja lelaki ditemui mati lemas di Sungai Semantan, Mentakab, Temerloh pagi ini setelah tiga hari dilaporkan terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Anuar Othman berkata, mayat mangsa Mohamad Firdaus Adam, 18, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 8.17 pagi tadi Kampung Tanjong Kerayong.

“Tiga hari lalu kehilangan mangsa telah dilaporkan oleh bapanya setelah dimaklumkan oleh penduduk kampung yang ternampak mangsa berlari ke arah jambatan di kampung itu pada pukul 3.30 petang.

“Apabila ayah mangsa pergi ke jambatan tersebut mendapati anak lelakinya sudah tiada di situ dan hanya menjumpai selipar anaknya atas jambatan,” kata Mohd Anuar ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Berikutan itu katanya bapa mangsa telah membuat laporan polis setelah mengesyaki anaknya yang mengidap penyakit mental itu telah terjun ke dalam sungai tersebut.

Mohd Anuar berkata mayat Mohamad Firdaus ditemui kira-kira tiga kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh sebelum ini.

Katanya mayat mangsa kemudian dihantar ke HOSHAS untuk bedah siasat.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat sejak tiga hari lalu disertai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]BCZ9INir3Wo[/wpdevart_youtube]

Tags: mati lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd