• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayani Air Mulakan Penerbangan Sulung Kuala Lumpur-Kuching

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Rayani Air Sdn Bhd (Rayani Air) melihat Sarawak sebagai sektor terbaharu yang mampu diteroka untuk perkembangan syarikat, kata Pengarah Eksekutifnya, Ravi Alagendrran.

Beliau berkata bagi merealisasikan sasaran tersebut syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia itu akan menjalin kerjasama erat dengan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).

“Saya berharap Rayani Air yang kini memulakan penerbangan ke Sarawak akan dapat membantu meningkatkan sektor pelancongan di negeri ini. Kami (Rayani Air) nak beri perkhidmatan terbaik kepada penumpang serta pelancong ke negeri ini melalui tawaran tambang murah.

“Kami juga bersedia untuk menjalin kerjasama seperti menjalankan promosi serta pakej bersama dengan STB,” katanya dalam sidang media di sini malam tadi. Turut hadir Pengarah Pemasaran STB Benedict Jimbau.

Terdahulu, penerbangan julung kali Rayani Air bagi laluan Kuala Lumpur-Kuching tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, laluan ke-14 selepas Kuala Lumpur-Langkawi, Kuala Lumpur-Kota Baharu dan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu. Pesawat Boeing 737-400 dengan muatan 120 penumpang itu tiba pada kira-kira 9.50 malam.

Dalam pada itu, Jimbau berterima kasih kepada Rayani Air kerana memilih Sarawak untuk laluan keempat syarikat tersebut.

Beliau berkata penumpang kini mempunyai alternatif selain daripada syarikat penerbangan sedia ada yang menawarkan perkhidmatan ke Sarawak.

Pengurus Komersial Rayani Air, Kulenthiran Balakrishnan berkata sebagai permulaan, Rayani Air menawarkan 11 penerbangan seminggu bagi laluan Kuala Lumpur-Kuching, tujuh kali seminggu untuk laluan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu dan tiga kali seminggu bagi laluan Kota Kinabalu-Kuching.

“Pada masa depan pula kami merancang untuk membuka laluan antaranya Kuching-Pulau Pinang dan Kota Kinabalu-Johor Baharu.

“Kita juga merancang untuk laluan Kuching-Miri, Kuching-Tawau, Kuching-Sandakan dan juga Kuching-Labuan. Itu antara perancangan Rayani Air pada masa akan datang khususnya di Sarawak dan Sabah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rayani Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas CEO Rayani Air Peluk Islam

25/09/2019
0

PASIR MAS - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendran, 52, memeluk Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah di...

“Saya Sedia Jumpa PPIM” – Pemilik Rayani Air

17/08/2016
0

PEMILIK Rayani Air, Ravi Alagenddran sedia mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi membincangkan mengenai usaha untuk menyelamatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd