• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rajagobal Yakin Sarawak Boleh Bangkit

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jurulatih Sarawak Datuk K. Rajagobal yakin pasukan bimbingannya akan bangkit dalam perlawanan akan datang selepas mengalami dua kekalahan awal dalam Liga Super.

Pada Sabtu lepas Sarawak kalah tipis 0-1 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 1-2 kepada Felda United di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi, yang meletakkan Sarawak di kedudukan terbawah Liga Super tanpa mengutip sebarang mata.

Katanya, peminat-peminat perlu berikan masa dan ruang kepada para pemain kerana pasukannya baru sahaja bermain dua perlawanan.

“Perjalan kita masih jauh dan saya yakin para pemain akan sedar dan akan bangkit dalam perlawanan-perlawanan akan datang.

Saya telah melalui situasi macam ini tetapi dalam masa yang sama kita perlu bangkit. Kita akan lihat dalam lima atau enam perlawanan kedudukan kita sama boleh atau tidak kita bangkit,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi.

Bekas jurulatih pasukan kebangsaan itu tidak bersetuju dengan pendapat barisan pemain penyerangnya tidak berupaya menjaringkan gol.

“Kita tunggu perlawanan akan datang untuk melihat keberkesanan penyerang kita sementara peminat perlu juga faham kita hanya mempunyai seorang penyerang yang bermain malam ini (malam tadi), iaitu Gilmar Jose (dari Brazil) manakala seorang lagi penyerang kita Makeche Ndumba (dari Australia) baru sahaja pulih daripada kecederaan dan dimasukkan pada babak kedua,” kata beliau.

Katanya, beliau bukan sahaja memberi tumpuan kepada bahagian serangan tetapi memberi tumpuan kepada semua posisi di dalam pasukannya.

Mengulas kekalahan Sarawak kepada Felda United, Rajagobal berkata pada keseluruhan pemain-pemainnya memberi persembahan lebih bertenaga berbanding ketika perlawanan menentang PDRM.

Katanya, Sarawak bermain lebih baik daripada pasukan lawan dengan serangan bertali arus serta mencipta banyak peluang tetapi gagal diterjemah kepada jaringan gol. – BERNAMA

Tags: Liga SuperPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd