KUALA LUMPUR – Budak lelaki berusia empat tahun putus sebahagian pergelangan kaki kiri akibat tersepit eskalator KL Sentral, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang turun dari tingkat satu menggunakan eskalator berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengurusan bangunan untuk mencari bahagian kaki yang terputus pada 5.43 petang.
“Kaki kanak kanak terbabit tersepit antara panel besi dan tangga. Dia dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)selepas dikeluarkan dari eskalator.
“Kami menerima panggilan meminta membantu mencari sebahagian pergelangan kaki yang putus sebelum ditemui pada 6.30 petang dan diserahkan kepada HKL,” katanya. – Harian Metro
[wpdevart_youtube]o9SCY4uNZyA[/wpdevart_youtube]