• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton Sedia Khidmat Pemeriksaan Keselamatan Percuma

oleh Ahmad Albab
03/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd meneruskan tradisi menyediakan perkhidmatan pemeriksaan keselamatan 30 mata secara percuma untuk para pelanggannya di stesen-stesen minyak Petronas terpilih bersempena perayaan Tahun Baru Cina.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengeluar kereta nasional itu berkata, promosi hasil kerjasama dengan Petronas bagi kempen ‘Petronas Coffee Break,’ akan diadakan mulai esok sehingga 6 Februari 2016, bermula jam 10 pagi sehingga 7 malam di tujuh stesen Petronas di Selangor, Johor, Kedah serta Pahang.

Pemeriksaan itu termasuk aspek tahap cecair, bateri, bilah pengelap cermin, penutup radiator, pengendalian pedal, sistem suspensi, sambungan stereng dan sistem ‘ball joint,’ sistem penyejukan, bahan api, sistem brek serta tekanan tayar (termasuk tayar ganti).

“Malah, seiring semangat perayaan, pemilik Proton akan turut diberikan beg cenderahati berisi limau mandarin, sampul angpau dan air mineral sebagai penghargaan di atas sokongan mereka,” katanya.

Lokasi pemeriksaan itu di stesen-stesen minyak Petronas terpilih di Kawasan Tengah iaitu Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan di Lebuhraya SILK; Lebuhraya Utara Selatan – Taman Nilam Sari, Bandar Anak Bukit, Tok Senik; Kawasan Selatan – Lebuhraya Pasir Gudang dan di Pantai Timur – R & R Bentong.

“Usaha ini sebahagian daripada kempen keselamatan di seluruh negara yang mana para pemilik boleh membawa kenderaan mereka ke pusat servis Proton bagi mendapatkan pemeriksaan keselamatan secara percuma,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: KenderaanProton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd