• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Premium Insurans Pesawah Dijangka Bawah RM100 – Tajuddin

oleh Ahmad Albab
13/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – Premium insurans pesawah padi yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi dianggar sekitar RM100 sebulan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata pihaknya akan berusaha mencari formula terbaik bagi insurans tersebut untuk memastikan jumlah premium yang dikenakan tidak membebankan pesawah.

“Kami belum putuskan berapa jumlah premium itu tapi ia tak akan terlalu tinggi dan mungkin bawah RM100,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Ke Arah Peningkatan Hasil Padi Berkualiti di sini Sabtu.

Tajuddin berkata insurans khas untuk pesawah padi itu bertujuan untuk melindungi golongan tersebut jika berlaku sebarang bencana termasuk banjir.

Katanya ketika ini terdapat 155,000 pesawah padi di seluruh negara.

Dalam pada itu, Tajuddin mengulangi gesaan supaya pesawah di beberapa negeri meningkatkan hasil pengeluaran kepada sekurang-sekurangnya 10 tan metrik bagi setiap satu hektar sawah padi.

Beliau berkata ketika ini purata produktiviti padi bagi satu hektar sawah adalah kira-kira enam tan metrik dengan anggaran pendapatan antara RM1,800 hingga RM2,000.

“Ini tak cukup untuk petani nak sara keluarga dan anak-anak memandangkan kos semakin meningkat, lagi-lagi dengan nilai Ringgit yang semakin jatuh,” katanya.

Mengenai seminar sehari itu, Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak berkata ia bertujuan untuk memberi pengetahuan dan maklumat kepada para pesawah tentang perlunya meningkatkan hasil dan kualiti padi.

“Majoriti penduduk di sini adalah petani yang sebahagian besar adalah pesawah dan ekonomi di sini berasaskan padi dan beras,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]H1GsKdC1q_g[/wpdevart_youtube]

Tags: Tajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak

Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak

02/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, hari ini, meminda keputusan kelulusan belah bahagian terhadap usul membatalkan...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

27/06/2022
0

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa Presiden parti, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd