• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Terus Pantau Tasik Kenyir

oleh Ahmad Albab
26/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Polis Terengganu akan terus melakukan rondaan dan pemantauan secara berterusan di kawasan Tasik Kenyir khususnya lokasi yang menjadi tumpuan ramai.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata pihaknya sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan amaran yang dikeluarkan Jabatan dan agensi berkaitan berhubung sebarang insiden yang berlaku di Tasik Buatan Manusia itu.

Katanya, pemantauan itu bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan keselamatan awal jika berlaku sesuatu insiden.

“Biarpun gegaran yang berlaku di Tasik itu telah berlalu, namun kita tetap melakukan pemantauan dan rondaan lebih kerap memandang lokasi tersebut menjadi kawasan tumpuan ramai.

“Kita juga telah menggerakkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta Unit Kereta Peronda bagi memperluaskan kawasan rondaan yang lain termasuk kawasan kampung sekitar,” katanya kepada Bernama di sini.

Selasa lalu, gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dikesan di Tasik Kenyir, Terengganu dan gegaran boleh dirasai di Kuala Berang.

Pusat gempa bumi berkenaan terletak di 5 darjah Utara dan 102.9 darjah Timur, iaitu 16km barat daya dari Kuala Berang.

Bagaimanapun, gempa lemah yang melanda itu tidak menjejaskan struktur bangunan, empangan serta aktiviti harian penduduk di kawasan yang paling hampir dengan tasik berkenaan.

Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar.

Beliau berkata selain itu Pasukan Polis Marin yang berpengkalan di Tasik Kenyir turut digerakkan bagi melakukan pemantauan yang lebih khusus di dalam kawasan tasik berkenaan.

“Jika didarat kita mempuyai URB dan sebagainya dan jika di dalam tasik kita akan gerakkan pasukan polis Marin untuk menjalankan tindakan awal jika berlaku kecemasan,” katanya. – BERNAMA

Tags: gempa bumipolisTasik Kenyir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd