• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sita 35 Motosikal Terbabit Kesalahan Lalu Lintas Di Juru

oleh Ahmad Albab
21/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menyita 35 buah motosikal terbabit dengan pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Pencegahan Jenayah Samseng Jalanan di laluan motosikal di Plaza Tol Juru arah utara, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor berkata dalam operasi bermula 12 tengah malam hingga 4 pagi itu, kira-kira 200 motosikal diperiksa dan antara kesalahan dilakukan adalah seperti cukai jalan tamat tempoh, tiada cukai jalan dan ubah suai kenderaan tanpa kebenaran.

“Sebanyak 25 buah motosikal yang disita tiada cukai jalan dan cukai jalan tamat tempoh manakala selebihnya ubah suai kenderaan tanpa kebenaran.

“Dalam operasi itu juga ada beberapa penunggang motosikal yang cuba berpatah balik selepas menyedari polis menjalankan operasi, tapi kami berjaya menahan mereka kerana telah menempatkan anggota polis di beberapa lokasi di kawasan sekitar,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengeluarkan 56 saman membabitkan 101 kesalahan lalu lintas dalam operasi itu.

Rusli berkata tujuan operasi itu adalah bagi mengesan penunggang motosikal yang tidak mematuhi undang-undang lalu lintas, membanteras kegiatan samseng jalanan dan mengesan suspek kes jenayah.

“Berdasarkan maklumat awam dan risikan juga mendapati mat rempit selalu menjadikan laluan di situ untuk berlumba, bagaimanapun dalam operasi itu tiada yang berlumba ditahan, mungkin mereka telah menyedari kehadiran kami,” katanya.

Beliau berkata seramai 15 pegawai bersama 132 anggota polis dibantu Sukarelawan Polis Diraja Malaysia terlibat dalam operasi berkenaan.

Operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras aktiviti samseng jalanan dan membendung kegiatan jenayah, katanya. – BERNAMA

Tags: Mat Rempitpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd