• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Didakwa Fitnah: Polis Rakam Keterangan Dr M

oleh Ahmad Albab
26/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis hari ini merakam percakapan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan dalam blognya, CheDet pada 5 Februari lepas yang didakwa berunsur fitnah.

Sesi rakaman membabitkan tiga pegawai polis di pejabat Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini selama setengah jam bermula 3 petang tadi.

Pagi tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis akan merakam keterangan Dr Mahathir untuk siasatan berikutan beberapa laporan polis terhadapnya.

Dr. Mahathir semasa ditanya pemberita selepas percakapannya dirakamkan berkata beliau tidak menjawab secara spesifik soalan yang dikemukakan pegawai yang mengambil keterangan, khususnya berkenaan tulisan di blognya yang berjudul ‘AG to AG‘ kerana mahu menjawabnya di mahkamah sekiranya beliau didakwa.

Beliau berkata pihak polis telah menyoalnya sebanyak 30 soalan dan “kebanyakannya berkenaan artikel tersebut tetapi saya hanya menjawab secara lengkap pertanyaan seperti bila saya mula menulis blog.”

Dr. Mahathir, yang ditemani lima orang peguam semasa rakaman percakapan itu berkata beliau dimaklumkan kes itu dibuka selepas seseorang dari Kelantan membuat laporan berkaitan artikel tersebut.

Katanya, polis juga tidak memberi indikasi sama ada beliau akan didakwa di mahkamah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]-fqp1vTFnb0[/wpdevart_youtube]

Tags: Mahathir Mohamad
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd