• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perancis Larang Buang Makanan Lama Tapi Sedekah Badan Amal

oleh
16/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Semua pasar raya di Perancis kini dilarang daripada membuang barang makanan yang tidak habis dijual akibat tamat tempoh atau rosak walaupun dimasukkan ke dalam tong sampah jenis sisa pepejal kitar semula.

Sebaliknya mereka perlu mendermakan produk makanan lama itu terus kepada badan-badan amal atau ladang pertanian dan ternakan haiwan tempatan, menurut laporan media di negara Eropah tersebut pada Jumaat.

Dewan Senat Perancis dilaporkan turut mengikuti jejak langkah Dewan Rendah parlimen negara itu, yang pada bulan ini berjaya meluluskan rang undang-undang mengenai larangan pembuangan sisa makanan tersebut.

Meskipun mengalu-alukan keputusan politik itu, kebanyakan pihak bank-bank makanan menyatakan mereka memerlukan lebih banyak sumber bagi mengagihkan semula derma makanan daripada stor pasar-pasar raya.

food

Barang makanan yang dianggap tidak sesuai untuk dijual semula kepada pelanggan termasuk kerana kesilapan pada pembungkusannya, tetapi ia masih boleh lagi dimakan dan tidak sampai tahap menyebabkan keracunan.

Pembaziran makanan di Perancis dianggarkan secara purata sebanyak 20 hingga 30 kilogram setiap orang sepanjang tahun. Ia dianggap masih rendah kerana rakyat benua Eropah membazir purata 90 kilogram setahun.

Penduduk di benua Amerika Utara dan Oceania pula paling banyak membazir makanan iaitu 110 kilogram setiap orang setahun manakala Asia tenggara dan selatan mencatat rekod terendah iaitu 15 kilogram seorang setahun.

Di peringkat global, kajian badan bebas antarabangsa mendapati penduduk bumi membuang lebihan makanan yang sebenarnya boleh dikitar semula berjumlah dua bilion tan sepanjang tahun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: 77% Rakyat Singapura Suka Bazir Makanan

Juga: Rakyat Malaysia Bazir 8 Tan Makanan Sehari

Lagi: Makan Sisa Pelanggan, Budak Pelarian Dipukul

Dan: Amalan Bazir Arab – ‘Licin’ Bermakna Penghinaan

Tags: Perancis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd