Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Waytha Moorthy Akui Lobi...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy mengingatkan...

DBKL Tolak Permohonan Demo...

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) muktamad tidak membenarkan perhimpunan Bersih 4.0 diadakan di Dataran...

K’jaan Teruskan Bantuan Kepada...

KOTA KINABALU — Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Kerajaan...

Penganggur Didakwa Pukul Rakan...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini...

Penceroboh, Pencuri & Pembunuh Hasil Hutan Berdepan Tindakan Tegas

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan memperhebat operasi penguatkuasaannya terhadap kegiatan menceroboh, mencuri serta membunuh hasil hutan dan hidupan liar di semua hutan di seluruh negara.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kementerian tidak bertolak ansur dengan pihak yang melakukan perbuatan itu dan mereka akan berdepan tindakan tegas.

Berdasarkan risikan dan laporan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), katanya, ada pihak yang menceroboh hutan dan mencuri hasil hutan seperti kayu gaharu untuk diseludup ke negara jiran selain memburu hidupan liar dan haiwan terancam bagi mengaut keuntungan.

“Saya amat kecewa dengan perkara ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di sini, hari ini.

Wan Junaidi berkata Perhilitan akan melaksanakan tindakan bersepadu dengan bagi membanteras kegiatan mencuri hasil hutan, memburu dan menyeludup hidupan liar di negara ini.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat pencerobohan dan pemburuan haram kepada Perhilitan dalam usahanya membanteras perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

“Kita hanya ada kira-kira 200 pegawai penguatkuasaan di Perhilitan untuk menjaga hutan di seluruh negara. Ini tidak mencukupi, melainkan masyarakat tempatan termasuk JPAM (Jabatan Pertahanan Awam), Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia) sentiasa peka dan memberikan maklumat supaya tindakan dapat diambil,” katanya.

Mengenai perdagangan hidupan liar dan penjualan barangan haiwan terancam melalui internet, Wan Junaidi berkata beliau mengarahkan Perhilitan supaya bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta polis untuk mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu.


“Walaupun saya sedar perkara ini (mengesan penjual) sukar tetapi saya mengarahkan pihak yang bertanggungjawab memperkasakan risikan untuk mengesan mereka agar tindakan dapat diambil.

“Kementerian juga akan mengkaji semula undang-undang agar hukuman lebih berat dapat diambil terhadap mereka yang terlibat dalam perdagangan hidupan liar,” katanya.

Mengulas insiden kematian seekor harimau bunting di Lebuh Raya Pantai Timur 2 berhampiran Plaza Tol Kerteh, Kemaman, Terengganu baru-baru ini, beliau menggesa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan kerajaan negeri supaya meningkatkan pemantauan dan mengambil langkah proaktif termasuk memasangkan pagar di lokasi tertentu yang menjadi lintasan hidupan liar.

“Ini adalah bagi mengelakkan insiden sama berulang,” katanya sambil memberitahu dalam tempoh dua bulan, terdapat empat kes kematian harimau.

Mengenai insiden seekor harimau terperangkap dalam jerat dawai dipasang penduduk Orang Asli untuk menangkap khinzir di Tapah, Perak baru-baru ini, Wan Junaidi meminta Jabatan Kemajuan Orang Asli dan pemimpin Orang Asli agar menasihatkan masyarakat Orang Asli agar tidak memasang jerat babi bagi mengelak harimau menjadi mangsa perangkap.

Menurutnya perbuatan memasang, menyimpan, mengguna atau memiliki jerat bagi tujuan memburu hidupan liar adalah salah di sisi undang-undang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori