Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Jawatankuasa MA63 Tidak Bincang...

KUCHING - Pejabat Ketua Menteri (CMO) Sarawak menafikan berita mengenai pembelian kepentingan dalam...

2 Pekerja Restoran Maut...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut manakala dua yang lain cedera parah apabila...

Ketua Agama Digesa Tekan...

KOTA KINABALU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup hari...

Patuh Nasihat Peminat, Indra...

DALAM pada menanti kehangatan pusingan akhir Piala Suzuki AFF 2014 yang bakal berlangsung...

Pelaksanaan Projek Mega Perlu Tenaga Kerja Asing

KUALA LUMPUR – Projek pembangunan mega yang dirancang untuk kemudahan dan kesejahteraan rakyat memerlukan bantuan tenaga kerja asing untuk merealisasikannya, menurut persatuan kontraktor.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Datuk Mokhtar Samad berkata untuk itu, pengambilan 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh adalah bertepatan untuk memastikan projek mega dapat disiapkan dengan kadar segera.

Ini termasuk projek seperti Lebuhraya DUKE, MRT2, LRT3, Sungai Buloh Township, Landasan Keretapi Berkembar Gemas ke Johor Baharu dan projek perumahan PR1MA, katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

“Sesungguhnya sektor industri pembinaan sangat bergantung kepada kira-kira 93 peratus penglibatan pekerja asing,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh bukannya kehendak kerajaan tetapi dibuat atas permintaan industri bagi sektor yang dibenarkan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pekerja Bangladesh yang dibawa masuk perlu memenuhi beberapa syarat seperti harus dilatih dalam bidang berkenaan sebelum bekerja di negara ini.


Dalam pada itu, Mokhtar berharap kerajaan dapat menimbang semula kenaikan levi pekerja asing supaya semua pihak tidak terbeban dan mendapat manfaat bersama.

Sebelum ini, Zahid mengumumkan bermula 1 Feb lepas, levi pekerja asing bagi sektor pembuatan dan pembinaan meningkat sehingga dua kali ganda iaitu antara RM1,250 kepada RM2,500.

Bagi sektor perkhidmatan juga kadar levi turut naik kepada RM2,500 berbanding RM1,850 manakala sektor perladangan dan pertanian pula perlu membayar RM1,500.

Bagaimanapun, penstrukturan semula itu tidak melibatkan levi pembantu rumah warga asing apabila kadarnya kekal RM410. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]rZbXDOzEB7k[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori