KUALA LUMPUR – Pekerja asing tanpa permit kerja sah di negara ini mungkin dieksploitasi oleh majikan tidak bertanggungjawab, yang boleh menyebabkan mereka tidak mendapat perlindungan sebagaimana diperuntukkan undang-undang perburuhan di negara ini.
Justeru itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot meminta pekerja asing supaya mengambil peluang daripada eksesias Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin yang sedang dilaksanakan kerajaan dengan mendaftarkan diri pada pihak berkuasa berkenaan.
“Dasar kerajaan Malaysia mengenai penggajian pekerja asing adalah bertujuan memastikan hanya pekerja asing yang sah sahaja dibenarkan bekerja dalam sektor ekonomi tertentu negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Riot juga menyambut baik kenyataan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Herman Prayitno baru-baru ini, yang menasihatkan warganegara Indonesia supaya mempunyai dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah jika mahu bekerja di negara ini bagi mengelak sebarang pelanggaran undang-undang. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]08DhduA61zE[/wpdevart_youtube]