• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parah Dibelasah Ibu ‘Lalok’

oleh Ahmad Albab
03/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Prai – Hanya kerana enggan belajar, budak lelaki berusia lima tahun parah dibelasah ibunya berusia 41 tahun yang khayal dadah di Kampung Manis, di sini, semalam.

Dalam kejadian 3 petang itu, mangsa parah dipukul dengan objek tumpul sehingga lebam di bahagian belakang badan dan bahagian muka.

Kejadian itu disedari jiran mereka yang terdengar tangisan mangsa yang dalam kesakitan meminta belas kasihan daripada ibunya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, jiran mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Katanya, pihaknya kemudian bertindak menahan ibu mangsa bagi tujuan siasatan lanjut manakala anaknya dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi menerima rawatan dan dilaporkan stabil.

“Berdasarkan keterangan saksi, mangsa dipukul ibunya kerana kanak-kanak itu enggan belajar dan suspek dipercayai bertindak agresif kerana berada di bawah pengaruh dadah.

“Ibu mangsa itu tidak bekerja dan hasil ujian air kencingnya mendapati dia positif dadah,” katanya

Katanya, polis akan mendapatkan perintah reman ke atas wanita berkenaan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini untuk disiasat. – myMetro Online

Tags: kanak-kanakKes dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd