• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasihat Papan Tanda JKR Jadi Viral

oleh Ahmad Albab
25/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – “Niatnya hanya untuk menasihati dan tidak sangka pula ia mendapat perhatian ramai hingga menjadi viral di laman sosial,” kata Alias Mohd. Zain.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Batu Pahat itu mengulas isi kandungan unik pada salah sebuah papan tanda didirikan JKR yang terletak di Jalan Bakau Condong, di sini.

Gambar papan tanda yang memaparkan nasihat kepada golongan wanita Muslimah yang tidak mahu bertudung itu menjadi viral menerusi laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Menurut Alias, papan tanda berkenaan sebenarnya dinaikkan sejak Januari lalu dan niat untuk memberikan nasihat itu tercetus secara spontan apabila melihat kedudukannya yang agak strategik.

Ia sebenarnya secara kebetulan terletak antara laluan utama kenderaan ke arah pusat bandar Batu Pahat.

“Pada awalnya papan tanda itu digunakan untuk menyalurkan maklumat mengenai program dijalankan sekitar daerah ini namun kadangkala ia terbiar kosong.

“Oleh itu, lebih baik ia diisi dengan ayat berbentuk nasihat yang mungkin boleh dijadikan pedoman dan peringatan kepada orang ramai terutama pengguna jalan raya.

“Malah, Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda iaitu, ‘Sampaikanlah daripadaku walau hanya satu ayat’,” katanya. – myMetro Online

Baca: Papan Tanda Bahasa Inggeris ‘Hancur’ Terjemahan

Juga: Kenapa Papan Tanda Kemerdekaan Boleh Silap Eja

Lagi: Tidak Peduli Papan Tanda Larangan Buang Sampah

Tags: JKRWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd