• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustapa Rancang Pertemuan Antara SPAD & Pemandu Kereta Sewa

oleh Ahmad Albab
29/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed merancang untuk mengatur pertemuan antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Gabungan Persatuan Pemilik dan Pemandu Kereta Sewa Kelantan (GPPPKSK) bagi membincangkan isu berkaitan teksi dari Thailand yang mengambil penumpang di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata ini berikutan masalah itu yang berlarutan sejak sekian lama sehingga menjejaskan pendapatan pemandu kereta sewa tempatan, khususnya di kawasan sempadan, ekoran tindakan pemandu teksi dari Thailand yang beroperasi di luar kawasan yang dibenarkan.

Beliau yang juga penaung persatuan itu berkata pemandu teksi dari Thailand hanya dibenarkan beroperasi tidak lebih dua kilometer dari kawasan sempadan, namun ada yang menyediakan perkhidmatan melebihi daripada kawasan operasi, malah sehingga ke Kuala Lumpur.

“Kita ada undang-undang, tapi mungkin penguatkuasaan yang sedikit lemah. Saya akan aturkan satu pertemuan antara SPAD dan GPPPKSK bagi menyelesaikan perkara ini dalam masa terdekat,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-8 GPPPKSK yang turut dihadiri presidennya Ramli Yaacob di sini, malam tadi.

Menurut Ramli, persatuan itu kini mempunyai seramai 1,899 anggota yang bernaung di bawah 21 persatuan kereta sewa di negeri ini.

“Bagaimanapun, kita menghadapi masalah kerana anggota persatuan semakin berkurangan kerana kekurangan generasi pelapis. Orang muda tak berapa minat nak jadi pemandu kereta sewa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd