• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Monyet Juga Pergi Sekolah Khas Di China

oleh Ahmad Albab
13/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

DONGYING – Beberapa ekor monyet dilihat berlatih ‘backflip‘ dan menjawab soalan matematik kanak-kanak, malah mampu bermain dram dan menari di sebuah sekolah.

Sekolah tersebut yang juga merupakan satu fasiliti di sebuah zoo di Dongying melatih haiwan berkenaan untuk menjadi ‘artis’ untuk melakukan persembahan kepada kanak-kanak.

“Sama seperti sekolah sebenar, cuma muridnya adalah monyet,” kata Takeshi Soma, seorang warganegara Jepun yang juga bertugas sebagai ‘guru besar’ di sekolah tersebut.

Sambil berkata kepada wartawan Deccan Chronicle, Takeshi memerhatikan sekumpulan monyet memakai baju gaun dan menari di zoo yang terletak di wilayah Shandong itu.

Menurut Takeshi, monyet-monyet tersebut diberi pelajaran secara berkumpulan dan secara ‘perseorangan’.

“Ini satu-satunya aktiviti pembelajaran yang unik di China. Tiada di tempat lain,” kata Takeshi.

Katanya, tidak semua monyet menurut arahan, tetapi sifat ‘degil’ haiwan tersebut yang menjadikan ianya unik.

Tidak jauh di satu sudut, sekumpulan monyet pula berlagak seperti sekumpulan kumpulan muzik, bermain dram dan gitar.

Difahamkan, persembahan oleh monyet di China dianggap biasa, antaranya menangkap pisau yang dibaling dan menunggang basikal.

Beberapa zoo di China juga menggunakan monyet sebagai tarikan utama untuk pengunjung.

Amalan melatih monyet tersebut bagaimanapun mendapat kecaman para aktivis haiwan yang menyifatkan pelatih zoo meletakkan haiwan tersebut dalam bahaya.

Pada 2013, sebuah video yang menunjukkan sebuah persembahan yang gagal apabila seekor beruang menerkam dan menggigit seekor monyet telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Walau bagaimanapun, disebabkan sambutan menggalakkan yang diterima oleh kanak-kanak, aktiviti eksploitasi terhadap haiwan masih berjalan seperti biasan, malah tidak mendapat tentangan dari kerajaan.

“Saya suka lihat mereka menari. Mereka (monyet) macam manusia!,” kata Ai jiuqiu yang berusia empat tahun.

Ibu bapa juga sanggup membayar tiket yang berharga 30 yuan (RM15) semata-mata mahu menghiburkan anak mereka dan melihat sendiri persembahan monyet di zoo. – Sinar Harian

[wpdevart_youtube]GiqYQPAQurQ[/wpdevart_youtube]

Tags: monyetpelik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kenyataan Penuh Mangsa Liwat Anwar Ibrahim

Next Post

PDRM Mungkin Akan Naikkan Kadar Saman

Related Posts

TULAR: Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet, Pencinta Haiwan Gesa Tindakan Tegas

TULAR: Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet, Pencinta Haiwan Gesa Tindakan Tegas

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua klip video tular di media sosial mengenai tindakan seorang lelaki menyembur cat ke badan dan muka seekor...

Air Kotak Milo Punca Budak Lelaki Dikejar Monyet

Air Kotak Milo Punca Budak Lelaki Dikejar Monyet

26/10/2022
0

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila dikejar monyet sebelum menyelamatkan diri dengan memeluk kaki seorang wartawan...

Next Post

PDRM Mungkin Akan Naikkan Kadar Saman

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd