• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Modul Rujukan Bagi PDRM Kurangkan Berat Badan Secara Sihat

oleh Ahmad Albab
21/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan sedang menyediakan modul untuk dijadikan rujukan oleh seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengurangkan berat badan secara sihat.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata garis panduan atau ‘template’ kesihatan itu disediakan berdasarkan prestasi penurunan berat badan, peratus lemak dan ukur lilit pinggang oleh warga polis yang menyertai program ‘Trim and Fit 2016’.

Katanya template kesihatan itu, yang akan mengandungi pelan senaman dan pemakanan seimbang yang sesuai bagi warga polis, sedang dikaji dan dianalisis oleh Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P).

“Pelan kesihatan itu dijalankan berdasarkan apa yang sesuai untuk warga PDRM. Ada banyak garis panduan standard dicadangkan untuk pengurangan berat badan secara sihat dan ia tidak semestinya boleh dipratik oleh kita.

“Oleh itu, keputusan dan penilaian program perintis ini akan dijadikan kayu ukur bagi warga PDRM mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan di samping meningkatkan prestasi kerja,” katanya selepas melancarkan aktiviti kayak sejauh tiga kilometer Program Trim and Fit 2016 di sini hari ini.

Program Trim and Fit 2016, yang dilancarkan bulan lalu, diadakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya buat julung kali bagi tempoh enam bulan melibatkan 35 pegawai dan anggota polis dari Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Menurut Zulkifli, program ini bertujuan menggalakkan warga PDRM mengamalkan gaya hidup sihat memandangkan tahun lepas, 250 warga polis meninggal dunia ketika menjalankan tugas akibat pelbagai penyakit.

“Setakat ini, saya berasa puas hati dengan komitmen peserta dan yakin program ini akan berjaya serta akan turut diperluaskan dalam kalangan warga polis di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Cawangan Pemakanan JKWPKL&P Nor Azah Ahmad berkata pencapaian peserta program ini amat memberangsangkan apabila didapati para peserta, yang berat antara 62 hingga 104 kilogram, mencatat penurunan berat badan 100 peratus dalam julat seperti disarankan oleh kementerian.

Empat peserta juga telah bertukar status pemakanan daripada obes kepada lebih berat badan, dan 92 peratus peserta pula berjaya menurunkan ukur lilit pinggang dalam bulan pertama ini, jelas beliau.

“Peratus jisim lemak tubuh badan turun 100 peratus selain mengekalkan jisim otot sedia ada,” katanya. – BERNAMA

Tags: obesitiPDRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kesemua Pemancing Bot Karam Dekat Langkawi Ditemui Selamat

Next Post

Gadis ‘Kembar’ Fazura Dapat Banyak Offer Jadi Model Muslimah

Related Posts

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

Polis Sahkan Terima Laporan Barang Kemas Mangsa Dicuri, Suami Trauma, Pemandu XPander Sudah Beri Kenyataan

Polis Sahkan Terima Laporan Barang Kemas Mangsa Dicuri, Suami Trauma, Pemandu XPander Sudah Beri Kenyataan

06/04/2025
0

Ipoh, 5 April 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan kenyataan media berhubung perkembangan siasatan kes kemalangan maut...

Next Post

Gadis 'Kembar' Fazura Dapat Banyak Offer Jadi Model Muslimah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd