KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diseru supaya menyambut musim perayaan Tahun Baru Cina 2016 dengan penuh gembira tetapi tanpa menjejaskan kesihatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, rakyat Malaysia perlu makan secara sihat dalam kegembiran mereka menyambut perayaan itu pada tahun ini.
“Pesanan saya kepada semua rakyat Malaysia, makanlah secara sihat kerana makan secara sihat
kunci kesihatan,” katanya dalam perutusan beliau bersempena sambutan Tahun Baru Cina 2016.
Subramaniam dalam pada itu mengingatkan semua pihak, keharmonian yang terserlah dalam perayaan Tahun Baru Cina mencerminkan Malaysia jauh lebih istimewa dan berjaya berbanding kebanyakan negara lain.
Menurut beliau, Malaysia lebih berjaya berbanding negara lain kerana rakyat negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk tetapi hidup dalam suasana aman dan harmoni.
“Jika dibandingkan dengan negara lain yang sentiasa bergolak walaupun tidak terdiri dari rakyat yang berbilang bangsa, Malaysia masih gagah berdiri sebagai negara contoh kerana hubungan kaum yang harmonis,” katanya. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]1TQF6LJUm5w[/wpdevart_youtube]