• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAIPs Anjur Program ‘Takhrij’ Sekat Penyebaran Hadis Palsu

oleh Ahmad Albab
25/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengambil inisiatif menganjurkan program ‘takhrij’ atau penilaian hadis agar ilmuan agama tidak terbabit dalam penyebaran hadis palsu.

Titah baginda ini berikutan umat Islam semakin tercabar dalam zaman teknologi berikutan tindakan golongan tertentu yang sentiasa berusaha mengganggu-gugat fahaman orang Islam menggunakan hadis-hadis tidak sahih atau palsu.

Menurut baginda perbuatan itu bukan sahaja dilakukan oleh orang awam malah golongan agama yang bukan ahli dalam bidang hadis namun terlibat menyebarkan hadis-hadis tidak sahih.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang DiPertua MAIPs bertitah merasmikan ‘Liqa Mawaddah’ yang dihadiri kira-kira 500 pelajar Malaysia yang menuntut di Kaherah, Mesir di Markaz Syeikh Zayed, Universiti Al-Azhar di sini, petang semalam.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari, Setiausaha Kerajaan Perlis, Ahmad Zamri Khairuddin serta Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohamad Asri Zainul Abidin dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Ustaz Mohamad Nazim Mohamad Nor.

Baginda dalam rangka lawatan kerja sehari untuk menemui pelajar-pelajar Perlis di Mesir serta merasmikan dewan baharu Rumah Perlis di Hayyu Sabie di sini yang ditaja oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF).

Tuanku Syed Faizuddin bertitah MAIPs memanfaatkan kepakaran pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malam, Perak, Dr Mohamad Rozaimi Ramli yang membuat pengkhususan dalam bidang hadis dengan melantik beliau sebagai ahli jawatankuasa Fatwa Perlis.

“Bagi para penuntut ilmu agama, amat mustahak untuk mengenali sumber hadis, bagaimana ia disaring dan dinilai sehingga dipastikan statusnya sebagai sebuah hadis.

“Saya difahamkan ramai pelajar Malaysia mempelajari agama tetapi tidak mahir dalam bidang takhrij. Oleh itu ambillah peluang ini yang diusahakan oleh MAIPs,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Sebelum itu, Azlan dalam ucapannya menasihatkan para pelajar belajar bersungguh-sungguh dan merancang hala tuju mereka setelah tamat belajar supaya tidak kecewa sekiranya gagal mendapat pekerjaan kelak manakala Dr Mohamad Asri turut memberikan tazkirah.

Mohamad Asri yang menjawab soalan seorang pelajar selepas tazkirah yang hendak mengetahui sama ada Perlis berpegang pada fahaman Wahabi atau tidak dengan tegas menjelaskan bahawa Perlis berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]qJc-Z1M6b1E[/wpdevart_youtube]

Tags: Raja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd