Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Singapura Haram Mi Maggi...

SINGAPURA - Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan Singapura (AVA) pada Jumaat mengarahkan pengimport...

7 Mayat Banduan Ditemui...

GUATEMALA CITY - Tujuh mayat banduan dalam penjara di sini ditemui dalam tong...

La Liga: Messi Ledak...

MADRID - Bintang Argentina, Lionel Messi meledak gol ke-400 sepanjang kariernya dengan Neymar...

“Saya Mahu Dia Jadi...

KUALA LUMPUR - “Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Dia dibebaskan dan saya mahu selepas...

Letak ‘Handphone’ Bawah Bantal Boleh Sebab Kebakaran

NEW YORK – Seorang anggota polis di Jabatan Polis New York (NYPD), memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak meletakkan telefon bimbit di bawah bantal semasa tidur.

Anggota tersebut telah memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan bagaimana rupa alas katilnya terbakar menerusi laman sosial Twitter milik dirinya.

Capture

Gambar yang dimuat naik itu menunjukkan kesan-kesan terbakar setelah telefon yang diletakkan di bawah bantal menjadi terlalu panas.

Menurut laporan Daily Mail, pihak bomba negara itu sebelum ini pernah memberi amaran supaya tidak letak telefon yang sedang dicas di antara bantal dan katil.

Ini kerana ia boleh menyebabkan telefon tersebut menjadi panas dan mudah terbakar.

David Berardesca, Ketua Bomba dari Hamden, Connecticut, berkata kepada NBC, telefon perlu diletakkan di kawasan yang ada pengudaraan yang baik agar tidak menjadi terlalu panas.

Saranan itu dikeluarkan kerana terdapat kes seorang remaja berusia 15 tahun, mendapati katilnya dijilat api selepas telefon bimbit yang sedang dicaj terbakar.


Daily Mail juga melaporkan kejadian yang sama belaku pada Ariel Toffee, 13 tahun; yang melecur teruk apabila katilnya terbakar akibat telefon bimbit Samsung S4 yang dicas diletakkan di bawah bantal terbakar.

hp-nypd-2-data

hp-nypd-4-data

Gambar alas katil Ariel yang terbakar itu merupakan antara empat gambar yang dimuat naik NYPD ke Twitter. NYPD menyatakan, tweet yang ditulisnya itu merupakan amaran keselamatan umum, dan tidak ada kaitan dengan sebarang insiden tertentu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori