• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lembaga Getah Jelas Kekeliruan Bayaran Insentif

oleh
17/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN timbul kekeliruan berhubung skim Insentif Pengeluaran Getah (IPG), pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam kenyataan rasmi membuat penjelasan mengenai isu pelaksanaan bayaran tersebut kepada awam.

1. Pada bulan Disember pengaktifan adalah 10 sen/kg berdasarkan pengeluaran bulan November dan paras harga pengaktifan pada RM2.00 /kg. Bajet 2016 pada Oktober telah mengumumkan paras harga pengakitfan IPG dinaikkan ke paras RM2.20 /kg bagi getah sekerap mulai bulan Januari 2016.

2. Kerajaan secara tidak langsung menjamin harga ‘farmgate’ cuplumps pada RM2.20/kg. Lagi rendah harga ‘cuplump‘ lagi tinggi IPG yang akan dibayar dan diterima oleh pekebun kecil.

3. Dengan kejatuhan harga, pembayaran semasa IPG adalah 40 sen/kg. Bayaran dibuat kepada pekebun kecil berdasarkan kepada perbezaan antara harga SMR20 dengan purata bulanan harga cuplump di ladang. Oleh itu, nilai IPG yang dibayar bukan satu nilai tetap tetapi berubah mengikut harga SMR20 dan harga cuplump peringkat ladang.

4. Insentif ini bukan subsidi dan bertujuan mengurangkan beban ekonomi dan memastikan pendapatan bulanan pekebun kecil sentiasa berada di atas paras kemiskinan di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh sewaktu harga rendah di pasaran.

5. Dengan itu, pengeluaran domestik getah asli negara dapat dikekalkan bagi memastikan bekalan bahan mentah kepada industri barangan getah negara tidak terjejas.

6. Selain di pejabat LGM, pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG di kompleks penghulu, balai raya dan di premis pembelian getah setempat.

7. Untuk mengelakkan ketirisan dalam pembayaran tuntutan IPG, pembayaran akan dibuat terus ke akaun pekebun kecil. Semua pekebun kecil dan penoreh getah (pengusaha bukan pemilik) layak menerima IPG tetapi mesti mempunyai PAT-G. Warga asing tidak layak menerima IPG.

8. Anggota LGM terlibat dalam pengumpulan resit-resit di semua lokasi yang disyorkan oleh LGM dan mudah dilawati oleh pekebun kecil. Tidak ada isu pekebun kecil perlu ke pejabat LGM untuk menghantar resit dan borang tuntutan.

9. Kad PAT-G, resit dan borang tuntutan diperlukan untuk mengelak ketirisan bantuan kerajaan kepada rakyat Malaysia.

10. Perkara ini telah diterangkan oleh LGM melalui media massa (TV dan media cetak), sembang getah di warung, khidmat nasihat dan perbincangan/mesyuarat bersama Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) peringkat kebangsaan dan negeri.

11. Saiz kebun yang kecil akan menyebabkan pengeluaran getah rendah. Pekebun kecil perlu terus menoreh mengikut syor supaya dapat memaksimumkan pengeluaran.

12. Nilai IPG ditentukan melalui purata harga getah bulanan, dan tuntutan akan dibayar melalui akaun bank dalam masa tidak lebih daripada 14 hari selepas semua proses disalurkan oleh LGM. – Mynewshub.cc

Tags: getah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Peneroka Bawa Tandan Sawit Protes Di Luar Parlimen

04/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Sekumpulan pekebun kecil dan peneroka Felda berhimpun di luar bangunan Parlimen hari ini mendakwa Kementerian Industri Utama...

Harga Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi

07/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Pasaran getah Malaysia meningkat hari ini berikutan jangkaan peningkatan penghantaran tayar Amerika Syarikat (AS) bagi 2018. Seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd