• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Latihan Bersama Perancis, Uji Kemampuan KD Tun Razak

oleh Ahmad Albab
19/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Latihan antikapal selam antara kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan kapal frigat antikapal selam terbaharu tentera laut Perancis, Provence yang diadakan baru-baru ini memberi peluang untuk menguji kemampuan kapal selam kedua TLDM.

Ketua Staf Angkatan Kapal Selam TLDM, Kapten Baharudin Wan Md Nor berkata beliau berpuas hati dengan prestasi keseluruhan KD Tun Razak sepanjang latihan bersama kapal frigat Perancis yang merupakan antara yang tercanggih di dunia.

Beliau mengakui latihan itu agak kompleks, melibatkan beberapa peringkat dan dilaksanakan dua hari berterusan sejak Selasa lepas.

“Saya boleh katakan bahawa anak-anak kapal yang kita ada sangat berkeupayaan walaupun berhadapan dengan kapal yang canggih dengan teknologi terkini, dengan taktik yang betul kita berjaya melancarkan simulasi serangan terhadap mereka dengan jayanya dan dapat menyembunyikan diri daripada dikesan,” beliau memberitahu wartawan yang diberi peluang menyertai latihan itu baru-baru ini.

Baharudin berkata latihan bersama tentera laut Perancis di perairan Malaysia adalah yang julung kali dan tentera laut Perancis memilih TLDM untuk latihan itu menunjukkan hubungan akrab antara kedua-dua pasukan.

“Tidak hanya bermanafaat kepada kami dalam bentuk latihan tetapi cukup penting kerana dia beri peluang kepada kami untuk buat latihan dengan satu platform bersama Provence yang berkeupayaan tinggi, katanya.

Dilengkapkan dengan helikopter NH90 dengan sistem anti-kapal selam, Baharudin berkata frigat itu bukan sahaja berkuasa dari segi sistem persenjataan dan pengesan tetapi juga sistem radar yang tersendiri.

“Justeru, bagi kami peluang untuk berlatih dengan platform sedemikian adalah sesuatu yang kami patut hargai dan ia tidak akan berlaku sekiranya kami tidak mempunyai hubungan yang baik dengan mereka,” kata beliau.

Latihan berterusan selama dua hari itu berlangsung di Laut China Selatan selepas KD Tun Razak meninggalkan pangkalannya di Teluk Sepanggar.

Frigat sepanjang 140m dengan kelebaran 20m boleh memuatkan 108 pegawai dan anak kapal.

Ia berkeupayaan membawa peluru berpandu antikapal, Exocet MM40 dan peluru berpandu antikapal terbang Aster dan torpedo antikapal selam MU90. – BERNAMA

Tags: PerancisTLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd