• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kubu Bawah Tanah Terbesar Singapura Era Perang Dibuka

oleh
20/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Orang ramai kini boleh mengunjungi sebuah kubu bawah tanah zaman Perang Dunia Kedua di Fort Canning atau asalnya disebut Bukit Larangan di tenggara Singapura sebelum ia dibuka secara rasmi bulan depan.

Kubu pertahanan rahsia itu merupakan kompleks operasi tentera British bawah tanah yang terbesar di Singapura semasa zaman Perang Dunia Kedua sebelum diubah suai menjadi sebuah muzium yang dipanggil Battle Box.

Tapak penuh bersejarah mengandungi 22 bilik rahsia itu digunakan Leftenan Jeneral Arthur Percival yang mengetuai kontinjen askar kolonial British di rantau ini ketika membuat keputusan untuk menyerah kalah.

Beliau terpaksa menyerahkan Singapura kepada tentera imperial maharaja Jepun pada 15 Februari 1942 sekali gus menandakan pendudukan rasmi negara ‘matahari terbit’ itu di seluruh Asia tenggara yang kini disebut ASEAN.

Sejak ditutup pada 2011, kubu tersebut menjalani kerja ubah suai secara besar-besaran pada prasarananya malah pameran yang disediakan juga direka semula oleh pihak National Parks Board yang mengurus bukit berkenaan.

Ia kini dibuka semula seiring dengan Battle for Singapore 2016, iaitu siri kegiatan yang dianjurkan Lembaga Warisan Negara Singapura untuk memperingati ulang tahun ke-74 penyerahan republik itu kepada pihak Jepun.

fort3

fort

fort2

Kubu ini kini dikendalikan oleh pasukan Konsultan Sejarah Singapura dengan ruang pamerannya diperluaskan apabila bukan sahaja memberi tumpuan khusus kepada hari bersejarah Singapura diserahkan kepada Jepun.

Malahan ia juga menerangkan sebab-sebab mengapa Singapura kecundang dalam Perang Dunia Kedua, dan pentingnya kubu itu dalam sejarah negara ini untuk mempertahankan serangan pihak musuh dari luar.

Meskipun patung-patung lilin yang ditempatkan di situ sebelum kubu tersebut diubah suai masih dikekalkan, ia kini dikelilingi perincian sejarah yang tepat seperti peta-peta rantau ini, catatan mesyuarat dan nota lama askar.

Pratonton muzium Battle Box telah berlangsung dari 13 Februari lalu hingga 20 Mac, sebelum ditutup semula selama seminggu bagi persiapan akhir menjelang upacara perasmiannya pada 28 Mac depan.

Buat masa ini, atas faktor keselamatan para pengunjung hanya boleh memasuki kubu pertahanan ini melalui program lawatan berpandu, menurut laporan stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia.

Setiap pengunjung dikehendaki mendaftar untuk menyertai salah satu daripada lima lawatan berpandu yang diadakan pada setiap Selasa hingga Ahad sebelum memasuki kubu perang itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd