• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontraktor Diberkas Seleweng Tuntutan

oleh Ahmad Albab
14/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah memberkas seorang  pemilik sebuah syarikat kontraktor kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan tuntutan penganjuran berjumlah RM190,000.

Lelaki berumur 30-an itu diberkas di rumahnya di Beseri, Perlis pada pukul 11 pagi tadi untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

Siasatan terhadap suspek dibuat selepas SPRM mendapat aduan berhubung penyalahgunaan dana bagi pengajuran 11 program Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Suspek yang diberkas dipercayai mempunyai tali persaudaraan dengan suspek utama yang merupakan pensyarah UUM yang ditahan SPRM pada 28 Jan lalu berhubung kes penyelewengan tuntutan berjumlah RM14 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan penahanan itu dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

“Turut dirampas beberapa dokumen dan peralatan dokumen yang digunakan untuk bahan bukti dan dijangka akan ada beberapa lagi penahanan dibuat dalam tempoh terdekat untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek tiba di pejabat SPRM di Bangunan Persekutuan, di sini pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

Pada 28 Jan, seorang wanita berjawatan profesor madya di UUM ditahan SPRM Kedah selepas disyaki terbabit dalam penyelewengan tuntutan peruntukan penganjuran program membabitkan nilai keseluruhan RM14 juta. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]u9rgMtkpK7E[/wpdevart_youtube]

[wpdevart_youtube]9E7htuTzw8Y[/wpdevart_youtube]

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd