• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Akan Pastikan Kemajuan Wilayah Persekutan Dilaksana Menyeluruh

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan setiap perancangan pembangunan dan kemajuan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan dilaksanakan secara menyeluruh.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata untuk itu, pelbagai program pembangunan diwujudkan, bukan sahaja untuk pembangunan ekonomi tetapi juga pembangunan golongan gelandangan serta projek melestarikan wilayah ini demi keselesaan rakyat.

Antara usaha yang dijalankan ialah penubuhan Program Inisiatif Pengembangan Perniagaan dan Program Kursus Keusahawanan yang memfokuskan usaha meningkatkan daya saing, kapasiti dan keupayaan mereka yang kurang berkemampuan untuk maju, katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena Hari Wilayah Persekutuan 2016 di Istana Negara di sini, hari ini.

Tengku Adnan berkata sementara Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) bagi menangani masalah seperti aktiviti haram, kebersihan, lalu lintas, perumahan awam dan program keceriaan masih diteruskan, melibatkan perkongsian strategik antara 21 agensi kerajaan dengan sembilan badan bukan kerajaan (NGO).

“Ini selaras dengan matlamat untuk memastikan Wilayah Persekutuan sebuah bandar yang ceria melalui persekitaran aspek yang bersih dan indah, serta kehidupan rakyat yang kondusif dan selamat,” katanya.

Tengku Adnan berkata Kementerian Wilayah Persekutuan juga akan sentiasa berusaha memastikan setiap perancangan pembangunan dan kemajuan akan diteruskan untuk kelangsungan kecemerlangan demi masa depan rakyat.

Bagi pembangunan golongan gelandangan, Tengku Adnan berkata kementerian itu berserta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membangunkan dua pusat gelandangan daripada tiga lokasi yang dirancang, dan aktiviti pengagihan dan pemberian makanan juga dijalankan setiap malam oleh empat NGO.

Menyentuh mengenai isu perumahan, beliau berkata 80,000 unit rumah awam disasar untuk dibangunkan di seluruh Wilayah Persekutuan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pada majlis hari ini, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang menerima Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama, mengetuai senarai 322 penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Wilayah Persekutuan. – BERNAMA

Tags: KerajaanTengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd