• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Diminta Pertimbang Penagguhan Pengambilan Pekerja Asing

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan diminta untuk mempertimbangkan penagguhan pengambilan pekerja asing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam pelbagai sektor di negara ini.

Pengerusi Eksekutif Balqis Textile and Manufacturing Sdn Bhd Datuk Zuraidi Rahim yang mewakili pengusaha kilang wilayah Utara berkata penangguhan tersebut akan menjejaskan operasi mereka dalam sektor perkilangan, perladangan dan pembinaan.

Beliau berkata, pengusaha syarikat mungkin akan gulung tikar sekiranya tiada pekerja asing untuk melancarkan aktiviti industri memandangkan pekerja tempatan tidak berminat melakukan pekerjaan yang dianggap kotor, bahaya dan sukar (3D).

“Pekerja tempatan tidak mampu untuk duduk di hadapan mesin jahit dan menjahit pakaian dalam tempoh 8 jam tanpa henti, sedangkan pekerja asing ini mampu berbuat demikian sehingga disuruh oleh penyelia mereka untuk berhenti,” katanya pada sidang media di sini Ahad.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah 15 pengusaha sektor perladangan, industri tekstil, pembinaan dan pembuatan.

Katanya, pengusaha syarikat tidak meminggirkan pekerja tempatan dalam sektor industri, sebaliknya memberikan mereka jawatan pengurusan dengan gaji, keselamatan dan insentif lebih tinggi berbanding pekerja asing.

Zuraidi berkata dalam sesebuah syarikat, terdapat kira-kira 30 peratus pekerja asing yang ditempatkan untuk melakukan kerja-kerja yang sukar manakala selebihnya dilakukan oleh pekerja tempatan.

Beliau berkata antara masalah yang bakal dihadapi pengusaha syarikat ialah kurangnya minat pekerja tempatan untuk menceburi bidang tekstil walaupun tawaran gaji lumayan selain tidak mampu bekerja dalam tempoh panjang.

Senario berkenaan menyebabkan sasaran produktiviti syarikat gagal dipenuhi memandangkan pekerja tempatan juga gagal menguasai kemahiran dengan efektif dan efisien berbanding pekerja asing, katanya.

“Kalau ditangguhkan untuk jangka masa panjang menyulitkan pengoperasian sektor industri di negara ini sekali gus menyebabkan banyak syarikat gulung tikar serta ekonomi terjejas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaanpekerja asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd