• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Teruskan Usaha Tingkat Asas-Asas Ekonomi

oleh Ahmad Albab
25/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan usahanya bagi meningkatkan asas-asas ekonomi negara bagi mengukuh serta mengekalkan status penarafan yang diberikan oleh agensi-agensi penarafan antarabangsa.

Malah, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, penarafan yang diberikan itu juga atas usaha serta langkah proaktif yang sudah dilaksanakan kerajaan.

“Kita ada tiga agensi penarafan iaitu Moody’s, S&P (Standard & Poor’s) dan juga Fitch Ratings dan kesemuanya memberikan penarafan kredit yang sama iaitu di antara ‘A3’ ataupun ‘A-‘ serta memberi unjuran stabil (ke atas Malaysia).

“Sebagai contoh, penarafan yang diberikan kepada Malaysia daripada Fitch Ratings telah pun mengambil kira langkah-langkah proaktif yang kerajaan telah lakukan menerusi pengubahsuaian Bajet 2016,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program tanggungjawab sosial korporat Ekuinas, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Fitch Ratings telah mengesahkan penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang tempatan dan asing jangka panjang Malaysia masing-masing kekal pada `A-‘ dan ‘A’ dengan unjuran stabil.

Turut disahkan adalah penarafan terbitan bon mata wang tempatan tidak bercagar senior pada ‘A’. Had siling negara iaitu risiko modal dan kawalan tukaran asing pula disahkan pada ‘A’ dan mata wang asing jangka pendek IDR pada ‘F2.’ – BERNAMA

[wpdevart_youtube]CC47DiwsMIM[/wpdevart_youtube]

Tags: Wahid Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Industri Kewangan Perlu Terap Budaya Amanah

24/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Usaha penerapan budaya amanah berasaskan standard etika yang jitu dlihat penting bagi memastikan masa depan industri kewangan...

Prestasi Ekonomi Dan Pasaran Dunia – Wahid Omar

24/12/2016
0

ASSALAMUALAIKUM wbt dan salam sejahtera rakan2 BN sekalian. Semasa sesi taklimat media kelmarin, saya dan Dato' Abdul Rahman Ahmad telah membentangkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd