• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemuncak AS-ASEAN Berjaya, Produktif

oleh Ahmad Albab
17/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNNYLANDS – CALIFORNIA. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Sidang Kemuncak AS-ASEAN yang baru sahaja berakhir di sini dihos oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berjaya, produktif dan amat signifikan.

Najib berkata hubungan AS-ASEAN mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam menyumbang ke arah keamanan dan kemakmuran rantau Asia-Pasifik.

“Presiden Obama, dalam ucapan penutup melahirkan terima kasih kepada Kuala Lumpur selaku penyelaras negara bagi hubungan AS-ASEAN,” Najib memberitahu wartawan Malaysia pada Selasa (Rabu di Malaysia) di akhir sidang kemuncak dua hari itu.

Najib memperkongsikan pemikirannya berhubung tindakan membanteras keganasan semasa perbincangan pada Isnin mengenai langkah melindungi keamanan, kemakmuran dan keselamatan di Asia Pasifik.

Beliau menegaskan bahawa kebajikan ideologi merupakan alat penting; bukan semata-mata tindakan ketenteraan.

Sebagai menyokong pendapatnya mengenai isu itu, Najib berkata Malaysia akan menubuhkan pusat menentang dakyah serantau bagi memenangi hati dan minda rakyat supaya mereka menolak ideologi Daesh.

Najib berkata pusat itu akan menentang ideologi Daesh yang berlawanan dengan prinsip sebenar Islam serta pandangan-pandangan salah yang lain.

Beliau berkata pusat itu merupakan sumbangan negara kepada langkah membanteras keganasan.

Menyebut sebagai contoh keseriusan Malaysia dalam menentang keganasan, perdana menteri Malaysia itu berkata Malaysia akan mengeluarkan Indeks Syariah tidak lama lagi bagi mentakrif prinsip dan perjuangan Islam yang sahih di samping mentakrif makna sebenar negara-negara Islam.

Najib juga memperkongsikan pemikirannya dengan Obama dan sembilan pemimpin lain ASEAN mengenai pendekatan wasatiah, satu lagi alat penting dalam menentang keganasan.

Menyentuh isu perubahan iklim, beliau menggesa negara-negara maju melaksana komitmen yang diikrarkan mengenai Dana Perubahan Iklim dan Dana Hijau dalam usaha mengatasi pemanasan global. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]hJJqF9oOljk[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd