Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Perlu Jadi...

BERA - Penjawat awam digesa memainkan peranan sebagai benteng untuk mempertahankan kerajaan daripada...

Scha, Awal Tak Pernah...

PELAKON Scha Al-yahya mengakui dia berasa rindu untuk pulang beraya di kampung asalnya...

Chong Wei Lepasi Pusingan...

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei memulakan kempen memburu...

Madrid Larang Lelaki Duduk...

MADRID - Ibu negara Sepanyol di sini mengambil langkah drastik melarang golongan lelaki...

Keluarga Dan Berbakti Kepada Masyarakat Jadi Keutamaan

ALOR SETAR – Bagi Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, keluarga menjadi keutamaan beliau.

Keprihatinannya terhadap keluarga, menyebabkan beliau terpaksa melupakan pelajarannya.

Selepas membantu bapanya menguruskan perniagaan, beliau memikul tanggungjawab menjadi ketua keluarga pula selepas bapanya meninggal dunia.

Ahmad Bashah terpaksa mengorbankan pelajarannya dan bekerja bagi menyara keluarga dan membesarkan tiga orang adiknya, dua perempuan dan seorang lelaki, bagi memastikan mereka dapat menyambung pengajian di universiti.

“Saya sekolahkan adik sampai semua masuk universiti termasuk ada di luar negara. Saya akui saya (belajar setakat) sekolah menengah aja. Bapa meninggal waktu umur saya 22 tahun. Saya terpaksa menguruskan perniagaan yang ditinggalkan bapa saya. Saya anak nombor dua, yang pertama lelaki,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

“Biar depa selesai dulu, saya tanggung. Saya tak fikirkan tentang saya. Saya tunggu kakak dan adik-adik kahwin, baru saya kahwin,” katanya.

Dalam masa yang sama sejak berumur lingkungan 20-an, beliau berjinak-jinak dengan politik kerana mahu berbakti kepada masyarakat.

Pendirian Ahmad Bashah mudah. Beliau tidak melihat kekurangan dalam pendidikan tinggi sebagai halangan untuk mencapai kejayaan. Bagi beliau, pengalaman dalam kehidupan ada kelebihannya.

“Saya jadi wakil rakyat lima penggal sejak 1995 (ADUN Bakar Bata). Saya dah mula aktif dalam politik sejak umur 20-an kerana mahu berbakti kepada masyarakat. Ini semua pengalaman bernilai untuk saya dalam menjadi pemimpin, dan saya melihatnya sebagai kelebihan.

“Saya yakin pengalaman saya sebagai Exco dua penggal dan menjadi Timbalan Menteri Persekutuan kira-kira dua setengah tahun sejak 2013 hingga saya melepaskan jawatan itu pada 3 Feb akan membantu saya sebagai Menteri Besar,” katanya.


Semalam, Ahmad Bashah, 66, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 di Istana Anak Bukit di sini.

Sejak 20 Jan lalu, nama Ahmad Bashah menjadi tajuk perbualan banyak pihak terutama dalam kalangan pengguna media sosial gara-gara tindakannya mengetuai hampir keseluruhan kepimpinan UMNO Kedah menyuarakan hilang keyakinan mereka terhadap kepimpin Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai menteri besar dan pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

“Banyak komen dalam media sosial bersifat negatif, yang menyentuh mengenai tahap pendidikan beliau dan dianggap tidak cerdik untuk memimpin pentadbiran negeri.” Serangan itu masih berterusan selepas pelantikannya sebagai menteri besar.

Di sebalik ketenangan dan senyuman beliau bertemu dengan orang ramai, ada rasa terkilan di hati dengan serangan terhadap beliau dalam media sosial terutama yang membangkitkan mengenai peribadi dan tahap akademik beliau.

“Saya dah biasa asam garam politik, tetapi anak-anak saya kadang-kadang tidak boleh menerimanya. Saya hanya nasihatkan mereka bersabar, dan terima sajalah,” katanya.

Dalam mengharungi dunia politik, beliau menerima sokongan yang kuat daripada isterinya, Datin Seri Hizam Awang Ahmad, 56, dan anak-anak perempuan mereka Anis Hafina, 34, Amira Hazwani, 29, Aliya Hanani, 28, dan Azira Hafizah, 25.

“Alhamdulillah, anak-anak saya semua masuk universiti. Saya yang tak dapat (masuk universiti), sebab tok wan (datuk) mereka meninggal dunia sewaktu umur 52 tahun,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]2hOaeplpsEE[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori