• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keberanian Kapten(B) Hamid Awang Wajar Dicontohi

oleh Ahmad Albab
12/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keberanian serta semangat patriotisme Allahyarham Kapten (B) Datuk Hamid Awang perlu menjadi contoh kepada generasi muda negara ini.

Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata keberanian dan pengorbanan Allahyarham, 68, dalam mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman komunis telah mendapat pengiktirafan negara menerusi penganugerahan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa ketika berusia 26 tahun lagi.

“Pengorbanan dan jasa arwah dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia besar dan bukan calang-calang orang terima pingat seperti beliau,” katanya ketika ditemui Bernama selepas turut menyertai solat jenazah untuk Allayarham Hamid di Masjid Khalid al-Walid, di sini, hari ini.

Allahyarham Hamid yang meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, 10.50 pagi tadi akibat kegagalan buah pinggang itu, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Negeri Sembilan.

Ahmad Kamarulzaman turut mengucapkan takziah atas pemergian arwah Hamid kepada keluarga waris.

Allahyarham Hamid dianugerahkan pingat berkenaan sebagai menghargai keberanian dan kegagahan beliau sewaktu mengetuai kumpulan yang terdiri daripada lapan anggota, memburu pengganas komunis di Bahagian Pertama Sarawak.

Ketika itu Hamid yang berasal dari Terengganu bertugas dengan Rejimen Kedua Askar Melayu Diraja dan bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 1975.

Pingat itu adalah anugerah tertinggi dalam darjah-darjah perkasa dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan.

Bintang kehormat itu dikurniakan kepada individu yang menunjukkan keberanian luar biasa dan disertai dengan elaun.

Menurut laman sesawang bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, sehingga kini 24 individu dikurniakan pingat itu sejak tahun 1963.- BERNAMA

Tags: pahlawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wira-Wira Melayu Dalam Kenangan: Satu Memoir

09/05/2017
0

TIAP kisah perjuangan pasti ada ikhtibar. Apa lagi kisah mengenai kemerdekaan. Sejarah kita tidak bermula pada detik Union Jack diturunkan,...

Jenazah Wira Negara Selamat Dikebumi Di Tanah Perkuburan RAMD

12/02/2016
0

PORT DICKSON - Jenazah wira negara, Kapten Datuk (B) Hamid Awang, 68, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Rejimen Askar Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd