• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakitangan, Pesara Felda Bebas Tuduhan Palsu Dokumen Pembersihan

oleh Ahmad Albab
22/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang kakitangan dan pesara Felda Technoplant Sdn Bhd (FTSB) menangis kegembiraan sebaik sahaja Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka daripada tuduhan memalsukan dokumen kerja pembersihan di Felda Jengka, dua tahun lalu.

Mohamad Iqbal Sabtu, 33, dan Mod Ehsa Mohd Samsi, 57, kemudiannya bersalaman dan memeluk keluaga mereka di galeri awam mahkamah, yang turut menangis sebaik sahaja mendengar keputusan itu.

Terdahulu, Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap tuduhan yang dihadapi mereka.

Keputusan itu dibuat selepas mendengar keterangan empat saksi pembelaan manakala pihak pendakwaan mengemukakan 17 saksi.

Mohamad Iqbal dan Mod Ehsa didakwa bersubahat menggunakan dua dokumen mengandungi butiran palsu yang menyokong dan meluluskan kerja pembersihan kawasan di peringkat 2, 3 dan 4 Felda Jengka 19 tetapi kerja berkenaan tidak dilaksanakan.

Dua dokumen itu ialah Surat Perintah Kerja (SPK) bertarikh 22 Mac 2011 dan 31 Mac 2012 yang bernilai RM3,500 dan mereka didakwa melakukan kesalahan berkenaan di pejabat FTSB di Jengka 19, dekat sini.

Mod Ehsa didakwa melakukan kesalahan itu semasa menjawat jawatan Ketua Unit Perkebunan FTSB manakala Mohamad Iqbal yang kini merupakan Pengurus di Felda Sungai Koyan, Raub adalah timbalan kepada Mod Ehsa.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mohamad Iqbal dan Mod Ehsa semasa ditemui meluahkan rasa syukur terhadap keputusan itu, selepas menghadapi tempoh perbicaraan yang panjang.

“Saya bersyukur sangat sebab keputusan ini bersihkan nama saya. Dua tahun saya hadapi kes ini. Ini keputusan yang sangat saya nanti-nantikan,” kata Mohamad Iqbal.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya SPRM Amir Hamzah Idris manakala Mohamad Iqbal diwakili peguam Mohd Hisham Abdul Rahim dan Nor Adilah Zarian sementara peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar mewakili Mod Ehsa. – BERNAMA

Tags: Feldapecah amanah
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

05/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd