• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Nafi Akan Kenakan Denda RM2,000 Bagi Kesalahan Cermin Gelap

oleh Ahmad Albab
20/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Sabtu menafikan kenyataan dilaporkan media Khamis lepas (18 Feb) berkaitan denda RM2,000 yang akan dikenakan bagi kesalahan penggunaan cermin gelap melebihi had.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata sebaliknya kompaun maksimum yang dikenakan oleh JPJ bagi kesalahan berkenaan adalah sebanyak RM300.

Katanya, JPJ menerima maklum balas negatif daripada orang ramai yang tidak berpuas hati kerana pihaknya akan mengenakan denda yang begitu tinggi dan mahu mengaut keuntungan.

“Saya ingin tegaskan bahawa terdapat kekeliruan pemahaman dan laporan oleh media (The Sun) tentang perkara ini yang turut memetik kenyataan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara seperti yang dilaporkan itu adalah bagi undang-undang mahkamah terhadap pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan trafik bagi kesalahan pertama,” katanya kepada pemberita pada Program Jom JPJ Negeri Perlis 2016 di sebuah pasar raya di sini.

Ismail berkata JPJ bertoleransi dalam mengenakan kompaun bagi kesalahan penggunaan cermin gelap dan pemanduan melebihi had laju serta mempertimbangkan kadar perbezaan sebanyak 10 peratus bagi setiap had yang ditetapkan.

“Misalnya untuk penggunaan cermin gelap, ditetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) untuk cermin sisi dan belakang ialah sebanyak 30 peratus, tetapi jika pemilik kereta menggunakannya pada kadar melebihi 35 sehingga 40 peratus kompaun masih tidak dikenakan.

“Begitu juga dengan kadar had laju, jika ditetapkan 110km/j tetapi pemanduan dilakukan antara 115km/j dan 120km/j masih belum dikenakan saman,” katanya.

Ismail berkata justeru orang ramai yang mempunyai masalah atau kekeliruan berkaitan penguatkuasaan peraturan oleh JPJ boleh mendapatkan penjelasan di mana-mana kaunter JPJ.

“Sebab itu kita adakan program Jom JPJ ini di seluruh negeri. Kita buat di kawasan tumpuan orang ramai untuk memberi perkhidmatan bagi membantu orang ramai mudah menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan JPJ,” katanya.

Jom JPJ turut memberi kemudahan kepada orang ramai untuk berurusan dengan lain-lain agensi seperti Jabatan Kesihatan, Pos Malaysia dan Tabung Haji kerana dijalankan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi mempertingkat tahap perkhidmatan kepada masyarakat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]7ZMw_2h0aTA[/wpdevart_youtube]

Tags: JPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd