Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Video: Lelaki Usung Kepala...

BAYANGKAN reaksi orang ramai sekiranya mereka terserempak dengan seorang lelaki yang memegang kepala...

Pelakon Emma Watson Suarakan...

WASHINGTON - Pelakon British, Emma Watson menyuarakan solidariti bersama aktivis pro-Palestin di media...

Kedah Sedia Berbincang Dengan...

JITRA - Kerajaan Kedah sedia berbincang dengan kerajaan Pulau Pinang dan Perlis berhubung...

i-Sinar: Kurang Pendapatan 30...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan...

JPJ Buka Pejabat Cawangan Di Kuala Selangor

KUALA SELANGOR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka sebuah pejabat cawangan di Kuala Selangor pertengahan tahun ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pejabat cawangan itu akan ditempatkan di bangunan stesen penguatkuasa JPJ yang sedia ada.

“Kita akan naik taraf stesen penguatkuasa kita di sini untuk membuka pejabat cawangan JPJ yang kita jangka akan beroperasi dalam tiga atau empat bulan lagi.

“Pejabat cawangan ini akan menyediakan semua jenis perkhidmatan JPJ,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Karnival Jom JPJ’ peringkat Selangor di sini, hari ini.


Turut hadir, Pengarah JPJ Selangor Nazli Md Taib dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim.

“Sehingga ini penduduk Kuala Selangor yang mahu membuat urusan dengan JPJ terpaksa pergi ke Sabak Bernam atau pun Kampung Jawa, Klang yang sememangnya agak jauh dari sini,” kata Ismail. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori