• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Sambut Baik Keputusan Tangguh Ambil Pekerja Asing

oleh Ahmad Albab
20/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor menyambut baik keputusan kerajaan pusat menangguhkan pengambilan pekerja asing, dari semua negara sumber termasuk Bangladesh, berkuat kuasa serta merta.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata usaha membawa masuk pekerja asing memerlukan beberapa syarat yang mesti dikuatkuasakan termasuk soal perumahan mereka dan kelayakan setimpal.

“Saya mengalu-alukan keputusan itu dan pada masa yang sama berpendapat, kita mesti memberi penekanan kepada rakyat tempatan untuk bekerja dan meneliti soal gaji yang ditawarkan.

“Kalau ditawar gaji setimpal, saya percaya rakyat kita mahu menjadi pelayan restoran seperti yang berlaku di kebanyakan restoran dan hotel di Jepun di mana kita boleh lihat semua rakyat tempatan yang bekerja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Smart Food MyKasih Yayasan Pasir Gudang (YPG) 2016, di Taman Cendana, di sini, hari ini.

Katanya, buat masa ini Johor mengalami kekurangan tenaga kerja berkemahiran, namun, kerajaan negeri sedang berusaha memberi kemahiran kepada rakyat seperti menyediakan Tabung Latihan Kemahiran Johor dengan peruntukan RM10 juta bagi menghasilkan pekerja mahir.

“Kita latih rakyat kita, kita buka hab kemahiran dan sebagainya. Maka, kebergantungan kita kepada orang asing dalam bidang tertentu sudah tidak diperlukan,” kata Mohamed Khaled.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing itu untuk membolehkan kerajaan mengkaji semula pembayaran levi tahap dua dan menumpukan perhatian kepada pekerja asing sedia ada.

Beliau berkata kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada program penggajian semula di samping meningkatkan penguatkuasaan supaya tidak ada pekerja asing baharu dibawa masuk ke dalam negara.

Mengenai Smart Food MyKasih YPG, Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YPG berkata ia merupakan satu bentuk bantuan sara diri kepada golongan tidak berkemampuan menerusi pembelian barangan keperluan asas menggunakan MyKad.

Beliau berkata RM115,200 diperuntukkan bagi menjalankan program itu selama setahun bermula bulan depan dengan 120 ketua isi rumah pelbagai kaum yang beralamat di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang dipilih sebagai penerima bantuan.

“Sebanyak RM80 akan dikreditkan di dalam kad pengenalan mereka setiap bulan sehingga Mac tahun depan dan mereka boleh membuat transaksi pembelian barangan keperluan di beberapa pasar raya yang dilantik YPG,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]sZG3DWsc0ss[/wpdevart_youtube]

Tags: Khaled Nordinpekerja asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Lawat Bung Moktar Di Pusat Perubatan Prince Court

Next Post

Siri Boboiboy Ke Layar Perak Mac Ini

Related Posts

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

19 Pekerja Asing Ditahan Selepas Polis, JAS Serbu Kilang Sisa Elektronik Haram Bernilai Lebih RM21 Juta

19 Pekerja Asing Ditahan Selepas Polis, JAS Serbu Kilang Sisa Elektronik Haram Bernilai Lebih RM21 Juta

08/01/2025
0

SHAH ALAM: Kegiatan sebuah kilang kitar semula memproses pelbagai sisa elektronik dan bahan berjadual secara haram, dibongkar dalam serbuan pihak...

Next Post

Siri Boboiboy Ke Layar Perak Mac Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd