• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Rancang Bangunkan Cyberjaya Kedua Di Sedenak

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor bercadang membangunkan hab data global di kawasan seluas 20,234 hektar di Wilayah Iskandar Malaysia, menjadikannya Cyberjaya kedua di negara ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata selain itu, kerajaan negeri juga mengenal pasti beberapa kawasan untuk pelbagai industri lain di Sedenak dan kawasan berhampiran.

“Perkara ini masih di peringkat perbincangan. Pihak kerajaan bercadang mengumumkan pembangunan ini secara rasmi pada pertengahan tahun ini, sama ada bulan Jun atau Julai.

“Kita sudah kenal pasti dalam 50,000 ekar (20,234 hektar) tanah di sini, kita akan letak zoning sebagai kawasan berpotensi sebagai kawasan Cyberjaya Johor Baharu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina, di Wisma Tiong Hua, di sini hari ini.

Beliau berkata pembangunan di kawasan itu akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan khususnya bagi pekerja berasaskan pengetahuan dan dilihat mampu menarik minat pelabur tempatan dan asing.

“Setakat ini sudah ada pelabur yang berminat untuk menyertai projek pelaburan di kawasan ini, sekali gus menjadikannya pusat gabungan pelbagai teknologi dan industri,” kata beliau.

Pada majlis yang turut dihadiri oleh Presiden Persekutuan Tionghua Johor Baharu Datuk Seri Tey Kim Chai itu, Mohamed Khaled mengumumkan sumbangan sebanyak RM300,000 kepada persatuan berkenaan.

Katanya sumbangan itu untuk masyarakat Tionghua di Johor menjalankan aktiviti pembangunan mereka.

Pada masa sama beliau menggesa masyarakat berbilang kaum di negeri itu mengekalkan sikap muafakat sedia ada bagi mengekalkan kesejahteraan rakyat yang merupakan platform penjanaan ekonomi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ew_CebJfLIs[/wpdevart_youtube]

Tags: Khaled Nordin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi menyembah maklum...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Hubungan Malaysia dan Arab Saudi terus melangkah ke hadapan berteraskan keakraban serta kepercayaan yang telah lama terbina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd