• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Duta Selamat Dikebumi Di Muar

oleh Ahmad Albab
08/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Jenazah Duta Besar Malaysia ke Switzerland Allahyarham Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam KITA, Batu 1.5 Jalan Bakri di sini, malam tadi.

Jenazah allahyarham, yang tiba di kampung halamannya pada 10.10 malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), disolatkan di Surau KITA sebelum dikebumikan di sebelah pusara ibunya Allahyarham Fatimah Abdullah pada 11.36 malam.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA, selepas tiba di Anjung Kompleks Bunga Raya, KLIA pada 6.30 petang tadi dari Frankfurt.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah allahyarham ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Supt Muhammad Hanif Othman.

Turut hadir bapa allahyarham, Mohd Noor Abdullah, 90.

Mohd Zulkephli, 57, yang meninggal dunia 3 Feb lalu akibat barah hati, meninggalkan isteri Datin Anna Amalina Imam Baweh dan lima anak berusia antara dua tahun hingga 25 tahun.

Allahyarham mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik sejak 1984 dan sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Switzerland, pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Turkmenistan pada Julai 2012.

Selain itu, Mohd Zulkephli juga pernah memegang jawatan sebagai Duta Besar Malaysia ke Libya dari 2009 hingga 2011 dan terlibat secara langsung dalam operasi membawa keluar rakyat Malaysia dari Libya.

Sementara itu, Salwa Mohd Noor, 52, berkata abangnya suka berkongsi ilmu selain memberi tunjuk ajar kepada adik beradiknya.

“Arwah turut menjadi contoh kepada keluarga yang lain terutama kepada anak saudara,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Menurutnya kali terakhir beliau dan anggota keluarga lain bertemu allahyarham ialah pada Ogos tahun lepas yang ketika itu mengikuti kursus di ibu negara. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ygY3qdr29Ew[/wpdevart_youtube]

Tags: dutajenazah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

17/10/2025
0

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd