• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah 4 Remaja Ditemui Maut Dalam Kereta Selamat Dikebumi

oleh Ahmad Albab
18/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jenazah empat remaja yang ditemui mati di dalam kereta di anak sungai di KM42, Jalan Kota Tinggi-Mersing, pagi tadi selamat dikebumikan, di sini malam tadi.

Jenazah Luqman Jainie, Nik Shakir Zufayri Nik Arif dan Muhammad Asyraf Isa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, manakala Abu Izzani Abu Bakar di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak, Plentong.

Majlis pengebumian di kedua-dua tanah perkuburan terbabit selesai kira-kira 11.30 malam.

Terdahulu, kesemua empat jenazah yang dibawa dengan van, tiba di Masjid Nur Hidayah, Jalan Tasek, Bandar Seri Alam, Masai, pada 10 malam dari Hospital Mersing untuk disembahyangkan.

Kira-kira 500 orang menyambut ketibaan jenazah dalam suasana hiba bagi memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

maut

Sebelum ini, empat remaja yang kesemuanya berusia 21 tahun itu dilaporkan hilang Rabu lepas ketika dalam perjalanan dari sini ke Terengganu untuk bercuti.

Mengikut laporan yang diterima polis daripada keluarga, kesemua mereka bertolak dari Bandar Seri Alam, kira-kira 9.30 malam Rabu lepas dengan menaiki sebuah kereta Honda Accord.

Selepas dua jam bertolak kira-kira 11.30 malam, mereka gagal dihubungi oleh keluarga menerusi telefon bimbit masing-masing.

Namun, misteri kehilangan mereka terjawab selepas kereta tersebut bersama mayat mereka ditemui pagi tadi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]iwdZZa6obWg[/wpdevart_youtube]

Tags: jenazah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

17/10/2025
0

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd