• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamban Canggih Ada Ultra Ungu Hancur Najis

oleh
18/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Permintaan bagi tempat tandas duduk serba canggih yang mempunyai fungsi-fungsi terkini termasuk berteknologi tinggi semakin meningkat popular dalam kalangan rakyat Singapura kebelakangan ini.

Stesen penyiaran tempatan, Channel NewsAsia melaporkan, beberapa pengilang dan peruncit berkata rekod penjualan alat khas tersebut naik sekurang-kurangnya dua kali ganda sepanjang tempoh lima tahun lalu.

Tandas berteknologi unik itu ada fungsi istinjak, mengeringkan dan boleh juga menghancurkan najis dengan cuma pancaran cahaya ultraungu yang mempunyai kesan antibakteria tanpa banyak basah akibat penggunaan air.

Semuanya biasa dilihat di Jepun dan Korea Selatan. Dirangsang permintaan daripada rakyat Singapura sendiri yang pernah melancong ke sana, tandas-tandas seperti ini kini semakin popular di negara pulau kecil tersebut.

Malah tandas berteknologi tinggi seperti ini juga mungkin menarik pengguna dalam kelompok berumur tua kerana mudah digunakan mereka yang agak sukar bergerak dengan pantas sekali gus tidak mengotorkan pakaian sendiri.

Stesen itu bagaimanapun tidak menyatakan harga tandas tersebut namun ia dianggarkan bernilai ribuan dolar malah ada mencecah sehingga S$10,000 seunit bagi set yang lengkap keluaran firma terkenal Jepun, Toto.

Di negara ‘matahari terbit’ itu, tandas syarikat berkenaan yang mula dijual sejak 1980 kini menguasai lebih 80 peratus isirumah domestik kerana ia terbukti menjimatkan air sekali gus mengurangkan bil utiliti kediaman.

Pakar kesihatan tempatan berkata kecanggihan teknologinya boleh dipertingkatkan untuk menjadikan tandas ini lebih mesra digunakan, bersih daripada kuman dan selamat kepada pengguna. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapuratandas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd