• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Pengarah, U Wei Ditemui Mati Di Pantai AS

oleh Ahmad Albab
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – Isteri pengarah filem tersohor tempatan U-Wei Saari, Diana Gail Saari, 62, ditemui mati di perairan sebuah pantai di Alameda, California, Amerika Syarikat Jumaat lalu, setelah tujuh hari dilaporkan hilang.

U Wei atau nama sebenarnya Zuhir, dalam responsnya kepada Bernama melalui Whatsapp, enggan mengulas lanjut dan hanya mencatat: “Terima kasih. Doakan rohnya dirahmati, ditenangi dan disenangi Allah dan berada bersama orang-orang yang beriman”.

Rabu lalu, U-Wei dalam catatan Facebooknya menulis: “I love you Usah (Gail).”

Status berkenaan dipenuhi dengan ucapan takziah sejak semalam daripada kaum keluarga dan rakan termasuk rakan seni Sabri Yunus, Pyanhabib, Khalid Salleh, Siti Zainon Ismail dan Eman Manan.

The San Francisco Chronicle dalam portalnya www.sfgate.com melaporkan jasad Gail dijumpai Unit Marin Jabatan Polis Oakland di perairan luar pantai Alameda, California pada petang Jumaat (waktu tempatan) selepas diadukan hilang lebih seminggu.

Gail hilang pada 22 Januari di Oakland, California dan teman-temannya dilaporkan akhir sekali melihatnya kira-kira 10 pagi waktu tempatan hari yang sama.

Beliau bertugas sebagai pengarah penerbitan di Independent Institute, sebuah badan pemikir yang tidak bermotifkan untung di 100 Swan Way, Oakland.

Beliau tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur selama beberapa tahun ketika menjadi Editor Urusan bagi majalah Malaysian Naturalist.

Gail mendapat sarjana muda Sastera dari Universiti Tennessee dan ijazah sarjana Sastera dalam Hal Ehwal Antarabangsa dari Universiti Ohio. – myMetro Online

Tags: isteriPengarah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

01/08/2026
0

JELEBU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengundi di Sekolah Kebangsaan Putra, Simpang Durian di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd