• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IKEA Tidak Boleh Guna Nama IKEA Di Indonesia

oleh
11/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Gergasi perabot rumah antarabangsa IKEA hilang hak penggunaan jenamanya sendiri di Indonesia setelah pertikaian undang-undang dengan sebuah syarikat tempatan di negara itu, yang menuntut jenama sama.

Keputusan mahkamah itu mungkin membuatkan syarikat asing kini perlu lebih berhati-hati untuk melabur di negara ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu, yang tumbuh dari rentak perlahan sejak krisis kewangan global.

“Mesej utama ialah supaya usahawan yang ingin buka perniagaan di Indonesia perlu peka dan daftarkan jenama mereka agar tidak dirampas,” kata Ketua Penganalisis Risiko Concord Conculting di Jakarta, Keith Loveard.

Pada 2014, hakim mahkamah komersial Jakarta memberikan hak penggunaan jenama ‘Ikea’ kepada PT Ratania Khatulistiwa, sebuah syarikat tempatan yang merancang untuk jual perabot rumah pun dengan nama jenama itu.

Ia sebenarnya merupakan singkatan kepada nama Intan Khatulistiwa Esa Abadi. Namun Inter IKEA Systems B.V., iaitu sebahagian daripada divisyen francais syarikat dari Sweden itu kebetulan turut mendaftar jenama “IKEA”.

Mereka berbuat demikian dengan pihak direktorat agung harta intelektual Indonesia sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2006 dan 2010 lalu, menurut dokumen-dokumen perundangan yang dikeluarkan awal minggu ini

Bagaimanapun, Ratania terletak di Surabaya, Jawa Timur, berjaya menewaskan gergasi perabot asing itu dengan hujah firma IKEA sudah tidak menggunakan jenamanya bagi tujuan komersil selama tiga tahun berturut-turut.

Susulan itu, Inter IKEA Systems terpaksa mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Indonesia, yang kemudian ditolak pada tahun lalu, menurut dokumen mahkamah yang dimuat naik menerusi lamannya awal minggu ini.

Pada 4 Februari, peguam Inter IKEA di Indonesia dimaklumkan mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang dimuktamadkan pada bulan Mei 2015, menurut jurucakap Inter IKEA, Niclas Bengtsson, melalui kiriman emel.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan punca kepada penangguhan tersebut. IKEA yang diasaskan Ingvar Kamprad pada 1943 mula membuka cawangan pertama di Indonesia yang terletak di pinggir Jakarta pada 2014.

Peruncit Indonesia PT Hero Supermarket TbK adalah pemilik francais yang beroperasi di negara itu. IKEA kini ialah gedung perabot terbesar di dunia dengan 373 cawangan di 47 buah negara serta 147,000 orang pekerja.

“Apa yang boleh kami katakan sekarang adalah kami sedang meneliti keputusan itu dan kami yakin bahawa kami akan dapat meneruskan operasi IKEA di Indonesia pada masa akan datang,” tambah Bengtsson kepada media.

IKEA ada pilihan sama ada untuk mengemukakan rayuan kepada mahkamah yang sama, mengubah namanya atau membayar yuran royalti kepada syarikat Indonesia berkenaan, menurut seorang pakar guaman ternama.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Ikea Jerman Habis Stok Tilam Untuk Pelarian Muslim

Juga: Ikea Damansara Lengang Bila Ramai Serbu Ikea Cheras

Lagi: Ikea Hasil 10 Soft Toys Rekaan Kanak-Kanak Serata Dunia

 

Tags: IKEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

05/10/2023
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan empayarnya dengan menjalinkan kerjasama dengan IKEA Tebrau dan pusat beli-belah...

Harga Produk Ikea Meningkat 9 Peratus Tahun Ini

01/01/2022
0

AMSTERDAM – Syarikat gedung perabot terkemuka, Ikea, menaikkan harga jualan produknya sebanyak sembilan peratus bagi tahun ini yang melibatkan semua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd