• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutan Seluas 2.4 Hektar Terbakar Di Selama

oleh Ahmad Albab
25/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LARUT -Hutan seluas 2.4 hektar di Bukit Bintang Hijau, Kampung Baru Basong di Hulu Kerian dekat sini terbakar pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selama, Fauzi Razali, berkata kejadian pada 11.50 pagi itu dipercayai bermula dari atas bukit berkenaan sebelum merebak ke kawasan bawah bukit yang terletak 600 meter dari penempatan penduduk.

“Anggota bomba bertindak pantas menghalang api serta bara yang masih ada daripada merebak ke pencawang elektrik bervoltan tinggi yang terletak dekat dengan kawasan kebakaran.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 4.30 petang,” katanya ketika dihubungi Khamis.

Katanya, punca kebakaran masih disiasat dan beliau tidak menolak punca kejadian kebakaran itu adalah daripada perbuatan manusia.

Fauzi berkata terdapat empat kejadian kebakaran lalang dan hutan dilaporkan berlaku di sini sepanjang bulan ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana keadaan cuaca panas boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran.

“Pembakaran sampah juga boleh menyebabkan kebakaran, jika tidak dikawal ia boleh merebak, sekali gus membahayakan nyawa dan harta benda,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]YJ2nop3JHl4[/wpdevart_youtube]

Tags: Kebakaran hutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

03/03/2024
0

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia bersama pihak berkepentingan bersiap sedia melaksanakan strategi pembenihan awan yang dijangka bermula bulan...

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

11/06/2023
0

ASTANA: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran hutan besar-besaran berlaku di timur laut Kazakhstan. Ikuti Mynewshub: Telegram Ia merupakan angka kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd