Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Pemandu Bas Rapid Penang...

GEORGETOWN - Seorang pemandu Bas Rapid Penang Sdn Bhd (Rapid Penang) parah ditikam...

Isu MB: Khalid Mohon...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa...

Korang Tau Tak RUKUN...

Bagi rakyat Malaysia sejak di bangku sekolah lagi kita telah diajar bahawa terdapat...

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Hospital LA Bayar RM71,540 Kepada Penggodam Berjaya

LOS ANGELES – Sebuah hospital swasta di California, Amerika Syarikat (AS) sanggup membayar wang tebusan AS$17,000 (RM71,540) kepada penggodam yang berjaya melumpuhkan jaringan sistem komputer hospital itu.

Serangan siber yang berlaku ke atas Pusat Perubatan Hollywood Presbyterian di sini mengakibatkan rangkaian komputer hospital berkenaan lumpuh, data elektronik pesakit serta hubungan e-melnya tidak dapat berfungsi.

Menurut jurucakap hospital tersebut, tindakan membayar wang tebusan kepada penggodam adalah langkah yang lebih wajar demi menyelesaikan masalah serangan maya itu berbanding risiko kehilangan semua data pesakitnya.

Penggodam yang melakukan serangan siber berkenaan bagaimanapun masih belum lagi dapat dikesan oleh pihak berkuasa tempatan selepas melumpuhkan sistem rekod komputer hospital tersebut pada 18 Februari lalu.


Pusat Perubatan Hollywood Presbyterian diwujudkan pada 1924 lalu dan mengandungi 434 katil itu dijual kepada firma antarabangsa CHA Medical Group dari Korea Selatan dengan nilai AS$69 juta (RM290 juta) sejak 2004.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) sedang giat memburu dalang di sebalik serangan maya tersebut yang dipercayai pakar dalam bidang sains perkomputeran. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori