• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hilangnya Mercu Sejarah, Bina Hotel Bertaraf Lima Bintang

oleh Ahmad Albab
08/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sebahagian struktur bangunan warisan di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, dirobohkan dipercayai bagi memberi laluan kepada pembinaan hotel bertaraf lima bintang dan bangunan komersial di situ.

Tinjauan mendapati beberapa bahagian di tapak bangunan kolonial berusia 208 tahun itu sudah dirobohkan tetapi yang anehnya, langsung tiada papan tanda mengenai pemberitahuan projek tersebut.

Jurucakap Persatuan Warisan Pulau Pinang (PHT) berkata, pihaknya menerima maklumat kerja perobohan bangunan warisan itu dijalankan pada Isnin lalu iaitu ketika sambutan Tahun Baharu Cina.

“Kami mahu penjelasan daripada pihak kerajaan negeri, mengapa kerja perobohon dijalankan pada hari cuti umum, seolah-olah mereka mahu menutup sesuatu,” katanya.

Bangunan warisan yang dikenali sebagai Hotel Runnymede itu terletak di atas tanah seluas 0.8 hektar berhampiran pesisiran pantai, sekali gus menjadikan ia antara hartanah yang paling bernilai di Pulau Pinang.

Hotel Runnymede pernah didiami Sir Stamford Raffles pada 1805 ketika Raffles bertugas sebagai Penolong Setiausaha kepada Gabenor Pulau Pinang, Robert Townsend Farquhar.

Selepas itu, Hotel Runnymede turut mengalami banyak perubahan termasuk pernah dijadikan sebagai hospital tentera British ketika zaman Perang Dunia Kedua meletus.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu lintas, dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow berkata, pihaknya sudah mengeluarkan Pelan Kebenaran Merancang (PKM) kepada pemaju terbabit.

“Bagaimanapun, PKM itu tidak membabitkan Hotel Runnymede. Kerja perobohan hanya dijalankan di beberapa struktur kawasan sekitar tapak hotel berkenaan sahaja.

“Selain itu, kita akan menyiasat bagaimana kerja perobohon itu boleh dijalankan pada hari cuti umum,” katanya. – Harian Metro

Baca: Kerajaan DAP Pulau Pinang Hapuskan Warisan Negeri

Juga: Kerajaan DAP Pulau Pinang Tidak Peduli Alam Sekitar?

Lagi: Kerajaan DAP Usir Melayu Keluar Pulau Pinang – PAS

[wpdevart_youtube]a_kJHana8og[/wpdevart_youtube]

Tags: George Townsejarahwarisan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan DAP Pulau Pinang Hapuskan Warisan Negeri

Next Post

Tabung Haji Jawab Tuduhan Palsu Rafizi

Related Posts

UMNO Salur Bantuan Guaman Kepada Dr Akmal

Perbicaraan 1MDB Cipta Sejarah Akan Bersidang Sabtu

05/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, prosiding perbicaraan kes penyelewengan dana milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Datuk Seri Najib...

Bella Pernah Beri Bayangan Akan Dilanggar Mati

Rombak Subjek Sejarah Di Sekolah – Wan Hanafi Su

21/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Pelakon 'senior' disegani, Wan Hanafi Su, 74, menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) merombak mata pelajaran sejarah di sekolah berikutan...

Next Post

Tabung Haji Jawab Tuduhan Palsu Rafizi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd